Sejak hari itu lagi..
Wednesday, August 3, 2016
aku pasrah
contengan KUTIL at 1:28 PM 0 comments
Thursday, February 24, 2011
lagu klasik
contengan KUTIL at 1:54 PM 1 comments
Wednesday, November 10, 2010
berkorban apa sahaja
SELAMAT BERHARI HARI QORBAN? Orang kampung aku sering bertanya, “berkorban tak tahun nie?” maksudnya; adakah aku masuk bahagian dalam membeli seekor lembu untuk ibadat korban. Kalau aku jawab, tak! Maknanya adalah dialog seterusnya.
Apa pun apa sebenarnya erti Hari Raya Qorban? Pada pagi hari raya tu, pasti khutbah hari raya tidak terlepas menceritakan tentang pengorbanan besar yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya Nabi Ismail. Kisah ini telah menjadi popular yang sepatutnya dah diketahui oleh mereka yang mengaku beragama Islam. Lagenda ketaatan seorang anak dalam mematuhi dan menghormati ayahnya. Kalau tak tahu lagi tu,.. pergi-pergilah belajar. Atau paling tidak pun tanyalah ibu bapa kita. Tentu mereka tahu!!
Apa yang aku nak entry kan kali ini ialah tentang sejauh mana kita sebagai seorang anak dalam melaksanakan pergorbanan terhadap ibu bapa . Sejak akhir-akhir ini, kedapatan ibu bapa sering kali mengeluh dan merungut yang anak mereka tidak mendengar kata, kurang menghormati dan paling teruk ada anak-anak yang sanggup meninggikan suara kepada orang tua mereka. Dan paling-paling tak logiknya dah ada anak-anak yang teramat sanggup membunuh kedua ibu bapa mereka!!
Kenapa ya jadi begini....????
Terlalu banyak jawapannya. Anda sendirilah yang cari jawapannya.!!!
Tapi satu sahaja yang ingin aku lontarkan kepada diri sendiri dan pembaca (yang baca entry inilah). Kita diberi akal oleh Allah, gunalah sebaiknya. Andainya latar belakang keluarga kita kelam-kelabu asap, kita jangan salahkan mereka. Biarkan kisah hidup mereka begitu. Tugas kita sebagai seorang anak ialah menghormati mereka. Mendoakan kesejahteraan mereka. Tanpa mereka, kita tidak ada di atas pentas dunia ini. Yang pentingnya kita hendak sentiasa membuat pengorbanan untuk mereka. Semoga berbahagia kita di dunia dan di akhirat, kesan kita menghormati kedua ibu bapa kita.

Amin!!
contengan KUTIL at 10:29 AM 0 comments
Labels: ketaatan
Sunday, October 31, 2010
bicara diri
contengan KUTIL at 3:29 PM 0 comments
Tuesday, July 20, 2010
apa dah jadi...
Apa dah jadi dengan remaja, mak remaja, isteri orang, suami orang dan mereka yang terlibat dalam gejala sosial dikenali sebagai bencana sosial. Ramai pakar-pakar keluargaan yang memberi pelbagai pandangan dan pendapat masing-masing tentang isu ini. Ada di antara mereka yang menyalahkan ibu bapa remaja, tok dan opah remaja. Tak kurang juga yang menyalahkan pihak pemerintah yang tak serius dalam menangani isu ini. Masing-masing cuba mencari alasan yang paling konkrit yang boleh diterima oleh mereka yang hendak mendengarnya.
Apa pun pada pendapat aku yang dangkal dan pendek akal ini, jangan penyelesaiannya sudah ada di depan mata mereka. Cuma, sama ada mereka kelabu dan rabun mata kerana tak nampak perkara ini atau sengaja untuk mengelak dari mencuba dan mengamalkan jalan penyelesaian tersebut. Iaitu kita semua pakat kembali kepada ajaran agama Islam sepenuhnya. Biarpun ada di antara orang di luar sana yang mencebik atau tersenyum sinis dengan pandangan aku ini-biarkan! Kerana mereka memang dari sejak kecil lagi tak ‘ngaji’( belajar) tentang perjalanan hidup Rasullulah S.A.W yang telah berjaya menaikkan martabat kemanusiaan dari lembah ‘kebinatangan’ kepada masyarakat yang hidup dalam suasana yang aman dan harmonis.
Bala tuhan ( gejala sosial ) ini berlaku kerana kita sudah terlalu jauh menyimpang dan lari dari landasan sebenar ajaran Islam. Ibadat solat dipandang ringan dan remeh oleh ibu bapa. Apatah lagi membimbing dan menyuruh anak mereka mendirikan solat. Sedangkan ibadat solat itu dapat mencegah seseorang islam itu daripada melakukan kejahatan sebagaimana Firman Allah dalam surah al-Ankabut 29:45 yang bermaksud:
sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada fahsya’ dan mungkar.
Semangat tegur menegur dalam perkara-perkara kebaikan juga telah beransur-ansur hilang dalam kehidupan masyarakat kita. Bila ada guru yang menegur anak didik mereka, ada ibu bapa yang melenting. Marah tak tentu punca. Terlalu mempercayai cerita anak-anak mereka. Telefon pengetua-marah-marahkan guru tersebut. Dan dengan beraninya mengarah pengetua/guru besar menukarkan guru tersebut ke sekolah lain. Sehinggakan ada guru yang merajuk dan malas mengambil hal tentang apa yang terjadi kepada anak didik mereka di luar pagar sekolah. Apalah nak jadi dengan masyakarat kita hari ini!
Sebagai memujuk hati supaya kita dapat menerima dengan redha keadaan ini, tenang marilah berusaha untuk sama-sama mencegah agar bencana sosial ini agar tidak terus merebak dan berkembang dengan menjaga ahli keluarga kita agar membuat pergantungan hati kepada Allah S.W.T setulusnya. Amim....
contengan KUTIL at 9:11 AM 0 comments
Labels: gejala sosial
Sunday, June 20, 2010
pentas kehidupan
Aku percaya ada di antara kita di luar sana yang suka memerhati gelagat-gelagat ahli masyarakat kita. Bukan dengan niat untuk menjaga kain tepi orang, tetapi untuk kepuasan diri sendiri. Mengambil iktibar dari apa yang berlaku, agar kita dapat mengambil yang baik sebagai pedoman dan yang buruk untuk dijadikan sempadan hidup. Seperti mana kita ketawa dan menangis apabila kita melihat sesebuah filem yang mempunyai unsur humor dan sedih.
Kata pujangga; dunia ini adalah pentas kehidupan sementara yang mana kita adalah sebahagian dari pelakon-pelakon yang memegang pelbagai watak dan karektor. Terserah kepada kita untuk memainkan peranan bagi setiap watak tersebut.
Maka dengan itu kita dapat melihat yang setiap dari kita memainkan peranan masing-masing. dalam mengindahkan warna-warna pentas kehidupan kita ini sebelum watak kita tersebut dimatikan.
Persoalannya...
Apakah kita tahu atau sengaja pura-pura tidak tahu tentang tujuan atau peranan kita dalam pentas kehidupan sementara ini?
Atau kita telah dialfakan oleh segala keindahan , keseronokan, kemewahan dan kebahagian pentas ini sehingga kita turut lupa dalam mencari watak sebenar kita ??
....Kita yang tentukan segalanya!!
contengan KUTIL at 9:18 AM 0 comments
Saturday, May 8, 2010
putih dan hitam
Kata seorang kawan; anak kita telah berbeza cara belajarnya dengan zaman kita dulu. Kita kalau belajar siap bawa buku rujukan dan nota-nota yang berkaitan. Kata orang berkelek (berkepit) buku di celah ketiak atau atas meja tersusun buku-buku yang berkaitan. Mak ayah kita akan tersenyum melihat kita duduk membaca dan membuat ulangkaji di meja.
Tapi anak kita lening, hanya bawa pendrive, atau laktop aje. Hari ini kita susah hati adakah anak kita itu sedang mengulangkaji pelajaran atau sedang berchating atau sedang bermain games di laktop. Di tangan mereka hanya ada sekeping kertas atau sebuah buku tulis berserta sebatang pen sahaja. Apa-apa pun sekali sekala, kita terpaksa buat-buat lalu (melintas ) di belakang mereka sambil menjeling ke arah mereka. Bagi memastikan mereka benar-benar membuat kerja rumah.
Nak tak nak, kita kena yakin dengan keupayaan mereka. Biarlah mereka belajar dengan cara mereka. Apa yang penting mereka sentiasa menunjukkan kemajuan dan peningkatan dalam pelajaran. Caranya... terserah kepada mereka. Walaubagaimanapun sebagai tapak asasnya kita kena didik dan beri ilmu agama kepada mereka. Sekurang-kurangnya mereka tahu yang mana putih dan hitamnya. Ibarat kata bijak pandai, biarlah anak kita menjadi seperti ikan di laut, biarpun dikeliling air masin tetapi isinya tidak dipengaruhi oleh air masin. Kita kena taruh atau bubuh garam juga dalam masakan ikan tersebut bila kita ingin memasaknya.
contengan KUTIL at 1:09 PM 0 comments
Monday, March 22, 2010
suami orang

contengan KUTIL at 10:35 AM 0 comments
Sunday, February 7, 2010
Lelaki, tolong jaga kebersihan…
Sakit hati bila sepintas lalu membaca tajuk artikel yang ditulis oleh noraini.razak@utusan.com.my yang bertajuk Lelaki, tolong jaga kebersihan… dalam mingguan Malaysia Ahad 7 February 2010. Terlintas di hati, pengotor sangatkah kaum lelaki ini. Tetapi setelah membaca keseluruhan isi artikel tersebut, aku tabik spring setuju sangat-sangat apa yang ditulis dan diperkatakan itu. Apa tidaknya, kisah lelaki perokok yang tidak reti-reti menjaga kebersihan dengan membuang puntung-puntung rokok yang telah dihisapnya di merata-rata tempat.
Bercakap tentang si perokok ini aku pun ada kisah yang nak dikongsikan bersama tentang ketidakpatutan perangai dan peil orang lelaki yang merokok nie. Semasa aku belajar
kat U dulu, aku tinggal di rumah sewa bersama 4 orang rakan. Dari rakan-rakan tersebut hanya seorang sahabat saja yang merokok, yang lainnya tidak merokok. Tetapi yang geram dan sakit hati aku bila yang si perokok itu tidak menghormati kami yang berempat tidak merokok ini. Beliau dengan selamba merokok di dalam rumah biarpun ditegur berulangkali. Bekas tin minuman yang dijadikan tempat habuk rokoknya telah beberapa kali aku buang ke luar rumah, termasuk di hadapannya. Tetapi mujurnya dia tidak marah. Tetapi selepas itu dibawanya lagi masuk bekas tin minuman untuk dijadikan tempat habuk rokoknya. Kali ini aku buang lagi ke luar rumah. Peristiwa buang tin minuman ( tempat habuk rokoknya ) berulang kali berlaku sehinggalah kami tamat belajar di U tersebut. Begitulah bebal dan degilnya orang yang merokok. Setakat sindir-sindir dia buat tak tahu aje.
Tahap aku benci gila kepada perokok ini ialah saat aku dan anak-anak makan kat warung mahupun di restoran. Bila ada si perokok membuat der jee tentang orang sekeliling yang asyik menepis-nepis asap rokok yang dihembusnya. Kalau diikutkan hati mahu aje aku pergi tumbuk dia orang. Geram! Sakit hati! Bila ada manusia yang tidak menghormati hak orang lain. Apa kata kalau ‘ketagih’ sangat nak merokok tu, keluar aje dari warung mahupun restoran tempat orang lain sedang makan. Kan habis cerita. Ini tidak. Buat tidak peduli aje. Time inilah aku berdoa agar orang-orang seperti ini ditangkap atas kesalahan merokok di tempat awam. Biar padan muka dia orang!!
Ini satu lagi kes naya, aku mengeleng-geleng kepala bila melihat situasi begini. Seorang ayah menghisap rokok di dalam kereta yang disebelah ada isterinya bersama anak kecil malah di tempat duduk belakang keretanya juga ada anak-anak kecil mereka yang lain. Hembusan asap rokok ayah turut disedut oleh anak-anaknya. Betul-betul si ayah ini tidak bersekolah…!
Aku pohon sangat-sangat kepada sesiapa yang merokok di luar sana, agar pandai-pandaikan diri anda untuk menghormati orang lain. Sekiranya anda ingin ‘membunuh diri’ anda, biarlah anda seorang yang mati. Jangan digamit kami bersama…
contengan KUTIL at 11:40 PM 0 comments
Wednesday, February 3, 2010
Cara-cara memikat lelaki
- · Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan sidia.
- · Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda
- · Berwatakan menarik (Persenoliti yang mampu mengugat hatinya)
- · Jujur dan sentiasa merendah diri
- · Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tak suka.
- · Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu)
- · Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut
- · Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada disamping lelaki yang anda minati
- · Jangan terlalu mengongkong
- · Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahaui seprti mata dan tangan
- · Jaga cara pemakaian anda,seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati
- · Sering memberikan kad ucapan buat sidia yang kamu minati sebagai rancangan pertama memikat dirinya.
- · Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
- · Apabila berhadapan dengan lalaki yang kamu minati,renung matanya dan tunjukkan sifat humor kamu.Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
- · Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka
- · Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
- · Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
- · Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
- · Jangan bandingkan 'dia' dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali
- · Menjadi temannya ketika dia susah dan senang
- · Lelaki suka kamu menjadi mendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang
- · Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik
- · Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki
- · Lelaki tidak suka jika kamu memakai solekan yang terlalu tebal
- · Mengetahui bila hari lahirnya
- · Menghormati dirinya,keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya
- · Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku..Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan
- · Agresif
- · Jangan terlalu teruja ketika bertemu dan berbual dengannya..Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk pengenalan pertama
- · Jangan terlalu bersikap'kelakian' dan ganas dalam perbualan
- · Jangan terlalu menunjukkan bahawa kami ini terlalu baik dan sempurna
- · Jangan perasan bahawa kamu memnpunyai paras rupa yang jelita.
- · Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
- · Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan
- · Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
- · KETAHUILAH MEREKA INI ADALAH GOLONGAN YANG TERLALU SENSITIF DAN SUKA AKAN KELEMBUTAN APATAH LAGI DARI SEORANG GADIS
- · Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit.Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu.
- · Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
- · Jangan bersikap terlalu kuno
- · Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan dengannya tidak putus begitu sahaja . Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
- · Usia dan bentuk badan bukanlah menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan,kejujura n dan tingkah laku yang bersopan - santun
- · Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama
- · Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan
- · Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada
- · Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati
- · Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang
- · Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi
- · Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
- · Jangan terlalu mengada-ngada nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!
sumber:
http://suzybd.blogspot.com
contengan KUTIL at 12:07 AM 0 comments
Monday, February 1, 2010
Sunday, January 31, 2010
tolong carikan jodoh saya
Aku faham sangat keadaan dan realiti hidup seperti ini. Didesak oleh orang tua. Apatah lagi member-member rapat dengan kita. Soalan ‘bila lagi nak makan nasi minyak.” dah mali ( lali )di telinga kita. Kita boleh buat der jee. Tapi jauh di sudut hati; kita aje yang tahu betapa risau dan runsingnya kita memikirkan status begini. Kalau diikutkan hati ingin sahaja menerima mana-mana orang yang bergelar lelaki yang datang meminang. Tapi itu bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik untuk mengakhir zaman bujan g. Kita bimbang bercampur takut dengan berita dan kisah mereka yang kecundang dalam perkahwinan. Lebih-lebih lagi bimbang bila pasangan kita kaki botol, kaki perempuan, kaki pukul dan bermacam-macam kaki lagi.Seram dibuatnya!
So kita rela berada dalam situasi begini. Seorang lebih baik dari berdua, kiranya ini lebih menyenangkan. Kita pasrah pada ketemuaan Ilahi . Biar Dia yang menentukan siapa jodoh kita!
Biarpun begitu kita juga harus berusaha untuk terus berdoa kepadaNya agar dipercepatkan jodoh kita kiranya keadaan itu lebih baik dari kini. Bukakan hati kita untuk lelaki. Dalam kesemua lelaki yang kita temui itu; kita seharusnya bijak memerhati, memilih dan menilai lelaki yang benar-benar ikhlas untuk menerima kita seadanya. Kerana sesungguhnya cinta seorang Isteri adalah untuk lelaki yang bergelar suaminya.
contengan KUTIL at 5:12 PM 0 comments
Thursday, January 21, 2010
33 Larangan
Al-maklumlah, sejak dua menjak ni, ramai wanita Islam kita yang amat mudah terpengaruh dengan amalan hidup budaya golongan bukan Islam sehingga begitu berani melanggar perintah Allah dan Rasulullah S.A.W. Sedang mereka telah dijamin mudah untuk masuk seperti mana sabda Baginda S.A.W yang bermaksud:
Jika seorang isteri solat lima waktu dengan istiqamah dan taat
serta tidak menderhaka kepada suaminya, maka Allah SWT
mempersilakan masuk Syurga dari pintu mana yang ia suka.
- Wanita mendedahkan aurat
- Wanita berpakaian menyerupai lelaki
- Wanita bergaul bebas dengan lelaki yang bukan muhrim
- Wanita memakai wangian agar dikagumi oleh orang lain.
- Wanita tidak melayani kehendak suami
contengan KUTIL at 5:57 PM 0 comments
Wednesday, December 23, 2009
abang, apa salahku
Membaca buku ini seolah-olah tiada lelaki yang baik, setia dan penyayang kepada isterinya. Setiap catatan kisah yang terdapat dalam buku ini kesemuanya menceritakan tentang ketidakpatutan yang telah dilakukan oleh sang suami kepada isterinya. Digambarkannya isteri-isteri tersebut baik-baik belaka. Tiada satu apapun kesalahan yang dilakukan oleh steri-isteri yang boleh menyebabkan sang suami menceraikan mereka.
Malah yang kelakarnya, ada catatan kisah yang menceritakan tentang seorang isteri yang sanggup menjadi pelacur kerana suaminya suka mencari pelacur. Kan aneh tu...!! Pelik campur hairan dan ajaiblah bila memikirkan tindakan yang dilakukan oleh orang-orang perempuan ini. Kadang-kadang tidak terlintas dek fikiran lelaki untuk bertindak sejauh itu.
Walaubagaimanapun, aku tersentuh jua dengan beberapa catatan isteri yang terdapat dalam buku ini. Geram, marah dan benci kepada lelaki yang begitu kejam terhadap isterinya. Ingatlah lelaki, mereka ( isteri-isteri ) ini perlu kepada bimbingan dan tunjukajar kita. Jangan terlalu cepat berputus asa, dan mencari alasan mudah untuk meninggalkan mereka.
Kepada mereka yang menyinggahi blog aku ini, baca buku ini. Biarpun ianya banyak berpihak kepada perempuan, tetapi kesemua catatan kisah yang terdapat dalam buku ini mencerminkan siapa sebenarnya 'suami'.
contengan KUTIL at 8:06 PM 0 comments
Labels: abang
Monday, December 14, 2009
tidak berminat
Bila aku beli surat khabar. Dua perkara yang aku kurang baca. Ruangan politik dan juga ruangan sukan. Tak tahulah kenapa jadi begitu. Bagi akulah:-
1/ POLITIK
Yang menghairankan aku, mereka ini yang dipilih setiap kali bila ada proses pemilihan pemimpin. Tak tahulah sama ada mereka ini memang benar-benar dipilih dengan jujur mahupun sebaliknya. Pokoknya, mereka ini tetap terpilih setiap kali tiba pilihanraya. Aduss....memang masyarakat kita buta dalam memilih pemimpin.
Kita kena ingat, kita ini adalah orang Islam. Maka wajib ke atas diri kita memilih orang-orang yang beragama Islam yang mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan sehariannya. Sekurang-kurangnya bila kita ditanya di kehidupan akhirat nanti kita dapat menjawab dengan lancar lagi fasih yang kita telah memilih pemimpin yang beragama Islam dan beramal dengannya.
Kita telah diberi akal dan minda yang sihat oleh Allah S.W.T, maka seharusnyalah kita bijak dalam memilih pemimpin yang akan dapat mengheret kita sama ada ke syurga mahupun ke neraka nanti. Janganlah kerana kita diberi habuan yang 'kecil' kita menolak kebenaran yang berada di depan mata kita.
2/ SUKAN
Mula tidak minat bila mutu sukan negara mula merosot. Tak minat kerana terlalu banyak campur tangan orang politik. Memang benar seperti didakwa kalau orang politik tak masuk campur payah sikitlah nak dapat 'pulus'nya, tetapi itu bukan jalan penyelesaiannya. Bila mereka ( orang politik ) berada dalam sukan, tentu secara tidak langsung pemikirannya menjurus kepada kepentingan politiknya. Bila merancang sesuatu aktiviti yang boleh memajukan bidang sukan, akan ada juga agenda politiknya. Boring.......!!!! Tidak ada satu perancangan jangka masa panjang biarpun telah wujud sekolah sukan. Ada atau tidak satu kajian dibuat oleh pihak-pihak tertentu untuk menilai sejauhmanakah sekolah sukan ini dapat melahirkan pemain-pemain sukan yang dapat mengharumkan negara?
Tidak minat; bila pemain-pemain dalam arena sukan tidak ada semangat kenegaraan. Bermain bukan kerana mengharumkan nama negara tetapi kerana ganjaran yang diberikan. Tetapi tidak salahkan pemain-pemain yang terlibat 100% kerana itu semua adalah hasil orang politik yang kononnya untuk memberi motivasi kepada pemain agar bermain bersungguh-sungguh. Tapi sebaliknya berlaku. Boring....!!!
contengan KUTIL at 1:55 PM 0 comments
Friday, December 11, 2009
bersihlah hati kita..
Islam mendidik dan membimbing kita menerusi ajaran Rasullulah s.a.w supaya sentiasa berprasangka baik sesama manusia. Tapi sayangnya masyarakat melayu khususnya terlalu payah untuk mengamalkan ajaran ini. Bermula dari kisah terkenal dari zaman kerajaan melayu Melaka lagi, kita telah didedahkan dengan sifat dengki terhadap keluarga Tun Mutahir hinggalah kepada pahlawan melayu tersohor Hang Tuah. Hasad dengki, tamak haloba dan mabuk kuasa sentiasa berligar dalam minda melayu. Dari zaman belum merdeka hinggalah ke hari ini. Cuma bentuk dan caranya sahaja yang berbeza. Sebab itulah, pengiat filem tak jemu-jemu membuat filem bercorak demikian seperti filem susuk, santau dan sebagainya.
Biarpun masyarakat melayu moden semakin tidak mempercayai perkara karut marut demikian, tetapi dengan ketipisan iman, maka masyarakat kita terlalu mengikut kata hati. Lebih-lebih lagi bila kita dikhianaati, dilukai dan lain-lain perlakuan yang menyebabkan kita tidak selesa. Hatta kena marah dibos pun kita dah tak boleh tahan. Maka dengan ditambah dengan bisikan syaitan, hasutan kawan-kawan, keluarga dan kata hati; kita bertindak diluar ajaran agama Islam. Berjumpa bomoh melayu mahupun bomoh siam untuk membalas dendam atas orang-orang tertentu yang telah melukaikan perasaan kita. Mereka lupa, bomoh-bomoh ini juga memohon kepada Allah S.W.T. Dengan izinNya, maka termakbulkan permintaan kita tersebut. Derita dan sengsaralah mangsa kita. Puaslah hati kita!!! Tapi jauh di sudut hati, kita tidak boleh menipu diri sendiri. Kita tetap rasa keluh resah dan tak tenang. Mungkin itulah penyakit yang Allah campakkan kita. Walaupun pada zahirnya kita seakan bahagia, tapi hanya kita yang tahu hakikat sebenarnya...
Justeru itu, marilah kita berubah. Banyakkan amal ibadat selagi usia dipinjamkan tuhan. Ingatlah ...hidup kita di sini hanya bersifat sementara. Hidup kekal abadi adalah di akhirat nanti. InsyaAllah bila kita ingat yang kita akan mati, maka kita akan dapat hidari diri kita dari melakukan perkara-perkara yang ditegah tuhan. InsyaAllah
contengan KUTIL at 2:58 PM 0 comments
Wednesday, December 9, 2009
2010
Tanpa kita sedari, masa berlalu begitu pantas. Meninggalkan kita tanpa terasa. Tahun baru 2010 akan menjengah hidup kita tak lama lagi. Bermakna usia kita semakin bertambahlah. Tak berani nak kata kita semakin tua. Aduss!! Perkataan itu terlalu sensitif untuk setengah orang perempuan. Bimbang dan risau tak tentu pasal..., takut barangkali suaminya akan mencari yang baru, yang bergetah! Biarlah... si suami pun tua jugak. Tapi tua-tua keladi, makin tua makin menjadi...
ii.
Buat orang perempuan yang belum berkahwin, kedatangan tahun baru ini makin lagi menambah kerisauan di hati. Serabut! Dengan desakan orang di sekeliling. “Bila lagi nak makan nasi minyak.”Benci sungguh dengan mereka yang tidak mengerti yang jodoh dan ajal maut itu di tangan Yang Maha Kuasa. Tapi jauh di sudut hati, berdoa siang malam agar jodoh dipercepatkan. Ada titik takut di dalam hati- bimbang kahwin dengan suami orang atau duda. Maklumlah si teruna yang muda-muda tentu liat melihat orang yang berumur sepertinya.
iii.
Buat mereka yang dah pencen. Ketibaan tahun baru ini bermakna semakin hampir dengan ajal. Ada kegusaran di hati memikirkan dosa-dosa silam yang belum tertebus. Dengan kesihatan yang dah macam kereta lama yang sentiasa rosak dan perlu direpair, mengikat hati untuk sentiasa berada di masjid. Jesteru di masjid-masjid hanya golongan ini yang ramai berbanding yang golongan muda. Mereka lupa terdapat juga orang muda dijemput tuhan lebih awal dari orang berpencen.
iv.
Seorang ayah mengaru kepala memikirkan ketibaan tahun baru. Pening dan berat kepala mencari jalan penyelesaian untuk membayar yuran-yuran persekolahan yang semakin tinggi biarpun kerajaan ‘mengurangkan’ yuran sekolah. Dalam tidur, bermimpi anak-anak merenggek meminta dibeli pakaian baju seluar, kasut, beg sekolah yang baru. Pening!
v.
Aku. Ketibaan tahun baru 2010; macam dulu-dulu jugak. Memdoakan moga Allah memberkati usia yang dipanjangkan. Moga nafas yang diberi pinjam dapat kubayar dengan harga bertakwa kepadaNya
contengan KUTIL at 12:41 AM 0 comments
Thursday, November 26, 2009
berkorbanlah kita
Kali ini aku nak kutil pulas sikit tentang penghayatan dan sambutan kepada hari raya ini. Tidak tahu kenapa ya, sambutan hari raya ini kurang menyengat jika dibandingkan dengan sambutan hari raya aidilfitri. Kalau sambutan hari raya puasa 15 hari puasa terakhir tu, kita dah berdebar-debar bertanyakan tukang jahit sama ada baju raya kita siap atau belum. Atau paling tidak pun kita dah berlumba-lumba pergi ke pasaraya untuk membeli baju seluar raya anak-anak kita. Tapi bagi hari raya korban ini. Apa yang kita lakukan selain menempah nama dalam mencari lembu-lembu untuk berkorban. Apa yang anak-anak kita tahu tentang hari raya ini? Malah lebih teruk lagi bila ada di antara anak-anak kecil kita bertanya,"esok raya apa, abah." Sebabnya, kita tidak libatkan mereka untuk sama-sama menghayati hari-hari kebesaran agama Islam dalam kehidupan mereka. Apa salah kiranya kita mengajak anak-anak kita untuk sama-sama 'terlibat' secara tidak langsung dalam acara mencari binatang untuk dikorbankan. Misalnya mengajak anak-anak kita masuk ke kampung-kampung untuk mencari lembu untuk disembelih pada hari raya korban nanti. Dalam pada itu, selitkan nilai-nilai Islam yang berkaitan sambutan hari raya korban seperti bercerita tentang sejarah pengorbanan Nabi Ismail, tentang kepatuhan dan ketaatan baginda kepada ayahandanya baginda. Beritahu juga tentang fadilat dan kelebihan acara berkorban ini kepada anak-anak kita. Ceritakan kepada mereka yang titisan darah yang mengalir di tekuk setiap binatang korban tersebut menghapuskan dosa setiap ahli keluarganya. Dengan cara ini secara tidak langsung mereka akan ingat tentang situasi dan perjalanan sambutan hari raya korban ini.
Ini tidak! Mereka hanya terlibat dalam acara menghantar daging-daging tersebut kepada jiran tetangga, saudara mara tanpa mengerti dan memahami hakikat daging korban tersebut.
selamat berkorban...
contengan KUTIL at 10:47 PM 0 comments















