Monday, March 22, 2010

suami orang


"suami orang!.Oh tidak!Tidak sama ! Biarlah aku tidak berlaki sampai tua pun. Tak apa!"Benci benar bunyi. Dan selepas itu bengkak le telinga aku menahan leteran dan bebelan si perempuan tempat setugasku. Dibacanya dari bab-bab 'keadilan' si suami sampailah kepada kekejaman si suami terhadap isteri kedua, mahupun isteri ketiga dan keempat. Itu belum lagi tentang hadis dan ayat Al-Quran tentang keadilan suami.

Aduss! Padam muka aku. Siapa suruh buka topik poligami ini. Kan isu ini telah menjadi musuh ketat kaum hawa dari zaman berzaman.

Payahnya kaum perempuan menerima dirinya dimadu. Apatah lagi mendapat gelaran isteri kedua, ketiga mahupun keempat. Kata penceramah wanita dalam rancangan al-kuliah TV3 "kalau diletakkan telur ayam di dada wanita yang hendak bermadu, gerenti masak telur ayam tersebut." Mengambarkan betapa pedih dan sakit hatinya pada sang suami yang tidak sedar diri tersebut.

Aku dalam lembut bertanya," anda tidak kesiankah kepada sahabat wanita anda yang inginkan merasa nikmatnya hidup berumahtangga, nikmatnya mendengar tangisan bayi di waktu malam dan bahagianya saat menyusukan baby di dalam dakapan."

"Aku tak peduli itu semua. Yang penting jangan ada sesiapa yang hendak merampas suami aku." kasar bercampur marah jawapan seorang rakan wanita di sebelahku.

Dalam hati; aku tersenyum sinis pada jawapan tersebut. Memang benarlah kata pujangga cinta yang setiap wanita hanya akan tertumpah kasih dan cintanya kepada suami mereka sahaja bila dah berkahwin. Berbeza dengan lelaki yang begitu unggul mempertahankan cinta pertama mereka.

Tapi aku benci gak kepada kaum sejenis aku ini. Bila dah berkahwin lebih dari satu tu, usahlah diabaikan yang tua. Ni tidak, dah dapat yang baru terus ditinggalnya yang tua. Malah lebih teruk lagi dicerainya isteri pertama. Kata seorang sahabatku, sesiapa yang berbuat demikian, bermakna dia telah menolak tuah. Maklumlah dengan isteri tualah tuah dalam mencari harta dan pangkat. Tak gitu!!!

Bersama isteri pertama kitalah, kita mengharungi segala dugaan dan cabaran dalam melayari lautan dan badai perkahwinan. Kata nenekku, dengan isteri pertamalah kita mula belajar selok belok menjadi seorang suami, seorang ayah dan macam-macam lagi. Tut-tut...bila dah senang sikit kita dah mula berangan nak pasang lagi seorang. Minta dijauhkan tuhan hendaknya. Tak sedar diri sungguh si jantan nie. Bebel nenekku dihujung tangga buluhnya.

Tapi... benarkah, cinta kedua hadir begitu sahaja. Tanpa diundang dan dicari. Betul ke??Atau sekadar alasan...



Related Posts with Thumbnails