Thursday, November 26, 2009

berkorbanlah kita



Selamat menyambut hari raya Aidil Adha diucapkan kepada umat Islam di seluruh dunia. Semoga ketibaan hari yang mulia ini menginsafkan kita kepada sejarah pengorbanan dan ketaatan seorang anak Nabi Ismail kepada perintah Allah menerusi suruhan ayahandanya Nabi Ibrahim.

Kali ini aku nak kutil pulas sikit tentang penghayatan dan sambutan kepada hari raya ini. Tidak tahu kenapa ya, sambutan hari raya ini kurang menyengat jika dibandingkan dengan sambutan hari raya aidilfitri. Kalau sambutan hari raya puasa 15 hari puasa terakhir tu, kita dah berdebar-debar bertanyakan tukang jahit sama ada baju raya kita siap atau belum. Atau paling tidak pun kita dah berlumba-lumba pergi ke pasaraya untuk membeli baju seluar raya anak-anak kita. Tapi bagi hari raya korban ini. Apa yang kita lakukan selain menempah nama dalam mencari lembu-lembu untuk berkorban. Apa yang anak-anak kita tahu tentang hari raya ini? Malah lebih teruk lagi bila ada di antara anak-anak kecil kita bertanya,"esok raya apa, abah." Sebabnya, kita tidak libatkan mereka untuk sama-sama menghayati hari-hari kebesaran agama Islam dalam kehidupan mereka. Apa salah kiranya kita mengajak anak-anak kita untuk sama-sama 'terlibat' secara tidak langsung dalam acara mencari binatang untuk dikorbankan. Misalnya mengajak anak-anak kita masuk ke kampung-kampung untuk mencari lembu untuk disembelih pada hari raya korban nanti. Dalam pada itu, selitkan nilai-nilai Islam yang berkaitan sambutan hari raya korban seperti bercerita tentang sejarah pengorbanan Nabi Ismail, tentang kepatuhan dan ketaatan baginda kepada ayahandanya baginda. Beritahu juga tentang fadilat dan kelebihan acara berkorban ini kepada anak-anak kita. Ceritakan kepada mereka yang titisan darah yang mengalir di tekuk setiap binatang korban tersebut menghapuskan dosa setiap ahli keluarganya. Dengan cara ini secara tidak langsung mereka akan ingat tentang situasi dan perjalanan sambutan hari raya korban ini.

Ini tidak! Mereka hanya terlibat dalam acara menghantar daging-daging tersebut kepada jiran tetangga, saudara mara tanpa mengerti dan memahami hakikat daging korban tersebut.

selamat berkorban...



Friday, November 13, 2009

perempuan itu..

...renungan yang penuh seribu rahsia


Tulisan kali ini aku ingin kutil pulas sikit kat kaum hawa. Kutil sikit aje, harap-harap apa yang aku katakan ini tidak dikategorikan sebagai 'mengumpat' sudahlah. Dan perkara yang ingin aku tulis ini sebenarnya sudah basi dan menjadi cerita lama, tetapi biasalah terkadang kalau filem hindustan dua tiga kali tajuk filem yang sama seperti filem 'DON. Dalam filem kita pun begitu juga, seperti filem 'sumpah orang minyak'. Cuma yang berbezanya adalah visi dan jalan ceritanya aje.

So, aku pun macam mereka jugalah, suka mengulangi perkara yang sama. Sebab kata datuk aku kalau nak suruh orang ingat dan sentiasa beringat hendaklah kita sayugianya beritahu berulang-ulang,ulang, ulang kali barulah orang akan ingat apa yang hendak kita sampaikan. Amanah itu itu telah pun diamalkan oleh emak, kakak dan abang-abangku sejak turun temurun. Sebab itulah aku pun sedikit sebanyak mewarisi jugaklah apa yang telah diajarkan oleh datuk aku tu.

Begini; orang perempuan ni kan kalau sudah sayang, cinta, kasih, asyik mahsum dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya kepada seseorang lelaki maka dia sanggup dan teramat sanggup melakukan apa sahaja yang boleh membuat lelaki tersebut gembira. Malah terkadang tu, tak terfikir oleh otak dalam kepala kita yang orang perempuan ini boleh melakukan perkara-perkara yang dianggap melampau oleh masyarakat. Sebagai contohnya pernah di dada akhbar atau majalah kalau tidak silap aku le, ada isteri sanggup menjadi pelacur bila disuruh oleh suaminya. Bukan itu sahaja, malah ada wanita yang terlalu 'sayangkan' teman lelakinya sehingga sanggup menyerahkan body dan mengugurkan kandungan.

Banyaklah kes-kes terbaru dan klasik yang melibatkan kaum hawa yang menunjukkan kehebatan pengorbanan mereka terhadap kasih sayang dan cinta ini. Malah ada juga yang agak esktrem sehingga sanggup menukarkan agama Islam yang telah dianuti sejak lahir kepada agama teman lelakinya. Ya Allah...!!! CiptaanMU ini penuh dengan rahsia.

Kenapa di dada mereka ini penuh dengan perasaan cinta dan kasih sayang. Tabah dan sabar menghadapi ujian dan dugaan. Perasaan ini seharusnya diungkai dan direnung oleh kaum lelaki sepertiku.

Related Posts with Thumbnails