Saturday, May 8, 2010

putih dan hitam


Kata seorang kawan; anak kita telah berbeza cara belajarnya dengan zaman kita dulu. Kita kalau belajar siap bawa buku rujukan dan nota-nota yang berkaitan. Kata orang berkelek (berkepit) buku di celah ketiak atau atas meja tersusun buku-buku yang berkaitan. Mak ayah kita akan tersenyum melihat kita duduk membaca dan membuat ulangkaji di meja.

Tapi anak kita lening, hanya bawa pendrive, atau laktop aje. Hari ini kita susah hati adakah anak kita itu sedang mengulangkaji pelajaran atau sedang berchating atau sedang bermain games di laktop. Di tangan mereka hanya ada sekeping kertas atau sebuah buku tulis berserta sebatang pen sahaja. Apa-apa pun sekali sekala, kita terpaksa buat-buat lalu (melintas ) di belakang mereka sambil menjeling ke arah mereka. Bagi memastikan mereka benar-benar membuat kerja rumah.

Itulah perbezaan di antara dulu dan lening. Sabda Rasulullah, didiklah anak-anakmu mengikut zamannya. Memang benar, andainya kita bercerita tentang kesukaran dan kepayahan kita belajar dulu kepada anak kita. Mereka akan menggelengkan kepala seakan-akan tidak percaya. Dianggapnya cerita kita itu sebagai rekaan. Maklumlah zaman mereka tidak ada lagi pakai lampu pelita minyak tanah atau dapur memasak pakai kayu api. Segalanya mudah. Just klik sahaja.

Nak tak nak, kita kena yakin dengan keupayaan mereka. Biarlah mereka belajar dengan cara mereka. Apa yang penting mereka sentiasa menunjukkan kemajuan dan peningkatan dalam pelajaran. Caranya... terserah kepada mereka. Walaubagaimanapun sebagai tapak asasnya kita kena didik dan beri ilmu agama kepada mereka. Sekurang-kurangnya mereka tahu yang mana putih dan hitamnya. Ibarat kata bijak pandai, biarlah anak kita menjadi seperti ikan di laut, biarpun dikeliling air masin tetapi isinya tidak dipengaruhi oleh air masin. Kita kena taruh atau bubuh garam juga dalam masakan ikan tersebut bila kita ingin memasaknya.

Related Posts with Thumbnails