Saturday, July 18, 2009

minda kartun

Memang benar kata pengembara hebat di Tanah Melayu Musyi Abdullah," Bila senja berlabuh, apabila aku melalui rumah-rumah orang melayu akan kedengaranlah suara-suara kanak-kanak mengaji Quran".

Agak-agaknya kalu hari ini, tokoh tersebut melalui rumah-rumah orang melayu apa yang beliau dengar ya. Tentu terkejut beruk dia, bila yang didengar adalah suara-suara kartun seperti doremon, chi chan, Avatar didektif conan dan banyak lagilah rancangan-rancangan kartun yang lainnya.

Begitulah senario hari ini, kebanyakkan ibu bapa sekarang membiarkan anak-anak mereka menonton TV di waktu yang sepatutnya boleh digunakan untuk melakukan sesuatu yang berfaedah. Alasan mereka; mereka penat hendak melayan karenah anak-anak. Biarlah anak-anak dengan dunianya. Aku nak berehat. Ajak-ajak anak-anak ke surau atau masjid jauh sekali !!!

Membesarlah mereka dengan minda kartunnya. Bercakap gaya kartun. Berbual tentang kartun. Otakpun macam kartun. Yang menjadi masalahnya, cikgu-cikgu kat sekolah yang hendak mencorakkan balik mereka ke jalan yang betul. Sakit kepala dibuatnya. Disuruh buat latihan, tak mahu. Diminta menyalin nota, malas!! Yang rajin...bila diajak bersembang tentang kartun. "Memang sahlah anak-anak lening, anak-anak burger", kata seorang pakar motivasi terkenal Malaysia.

Walaubagaimanapun, bukan semua ibu bapa lagu tu, ada gak yang bagus! Mereka mendisiplin anak-anak mereka di rumah. Mereka perkenalkan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh anak-anak. Sebagai contohnya, pada malam hari persekolahan, sori tak boleh buka TV. Buat kerja homework sekolah. Atau buat lah perkara-perkara lain selain pasang TV.

Yang hebat lagi, ajak anak-anak ke surau mahupun masjid. Kalau semua ibu bapa pakat buat lagu ni, aku yakin dan percaya tak lah pening kepala cikgu-cikgu kat sekolah. Tak lah ramai cikgu yang sakit jiwa.

Semoga aku pun sebahagian dari ibu bapa yang hebat ini. Amim....!

Friday, July 17, 2009

handset punya cerita

Dia diam. Memekakkan telinga. Leteran ibu dibiarkan melintas di cuping telinganya. Ibunya masih tidak memahami apa yang anak remaja sepertinya mahu. Merampas handset bukan penyelesaiannya. 'Esok bolehku pinjam telefon Mira," bentak hati Hanis. Marah dalam diam dia kepada ibunya.

Geram sungguh dia kepada cikgu Romelah, bila handsetnya dirampas ketika dia menghantar SMS kepada temannya di dalam tandas sekolah. Akibatnya ibunya dipanggil ke pejabat sekolah. Apa lagi, banyaklah rahsia-rahsia yang disembunyikan dari pengetahuan ibunya diselongkar oleh cikgu Zali, penolong penyelia petang sekolahnya. Ibunya terkedu mendengar penjelasan yang diberikan. Tanpa sedar, terbit air-air jernih di kelopak mata ibunya.


Itu adalah sebahagian kisah yang berlaku dikebanyakan sekolah. Tak tahu lah kenapa pelajar-pelajar sekolah hari ini begitu ghairah membawa handset ke sekolah. Walhal Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengharamkan telefon bimbit dibawa oleh pelajar ke sekolah. Pelajar dah tahu siaran itu. Ibu bapa juga tahu. Tapi masih ada lagi pelajar yang membawanya ke sekolah. Malah makin kreatif pulak mereka menyembunyikannya. Ada pelajar yang sanggup meletakkan handset dalam tapak kasut bila spot chek dibuat. Kenapalah jadi gitu ya? Bukannya susah sekiranya mereka patuh pada peraturan itu. Peraturan yang dibuat telah difikirkan baik buruknya penggunaan telefon bimbit kat sekolah ni. Pada pendapat aku lah, kalau peraturan handset ini dibenarkan ke sekolah, nanti tak pasal-pasal ramai pelajar yang 10 kali ke tandas untuk buang air kecilnya. Pelajaran ke mana, tandas pulak jadi bilik darjah mereka.

Jadi kepada pelajar di luar sana, toksah beng dok bawa handsetlah ke sekolah tu. Belajar dulu, pahtu baru boleh fikir nak main handset.


vvvvvjjjh

Thursday, July 16, 2009

Kutil

Kutil adalah loghah Terengganu yang bermaksud cubit dengan perlahan dengan niat untuk memberi pengajaran dan pendidikan. So, tulisan saya dalam blog ini mungkin sedikit sebanyak akan menyentuh yang berkaitan dengan prinsip seseorang. Walaubagaimanapun niat saya hanya satu iaitu kutil sikit sepanjang peringatan kepada diri saya dan juga pembaca supaya tidak terbabas dalam melayari kehidupan kita sebagai seorang manusia.

Related Posts with Thumbnails