Friday, July 17, 2009

handset punya cerita

Dia diam. Memekakkan telinga. Leteran ibu dibiarkan melintas di cuping telinganya. Ibunya masih tidak memahami apa yang anak remaja sepertinya mahu. Merampas handset bukan penyelesaiannya. 'Esok bolehku pinjam telefon Mira," bentak hati Hanis. Marah dalam diam dia kepada ibunya.

Geram sungguh dia kepada cikgu Romelah, bila handsetnya dirampas ketika dia menghantar SMS kepada temannya di dalam tandas sekolah. Akibatnya ibunya dipanggil ke pejabat sekolah. Apa lagi, banyaklah rahsia-rahsia yang disembunyikan dari pengetahuan ibunya diselongkar oleh cikgu Zali, penolong penyelia petang sekolahnya. Ibunya terkedu mendengar penjelasan yang diberikan. Tanpa sedar, terbit air-air jernih di kelopak mata ibunya.


Itu adalah sebahagian kisah yang berlaku dikebanyakan sekolah. Tak tahu lah kenapa pelajar-pelajar sekolah hari ini begitu ghairah membawa handset ke sekolah. Walhal Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengharamkan telefon bimbit dibawa oleh pelajar ke sekolah. Pelajar dah tahu siaran itu. Ibu bapa juga tahu. Tapi masih ada lagi pelajar yang membawanya ke sekolah. Malah makin kreatif pulak mereka menyembunyikannya. Ada pelajar yang sanggup meletakkan handset dalam tapak kasut bila spot chek dibuat. Kenapalah jadi gitu ya? Bukannya susah sekiranya mereka patuh pada peraturan itu. Peraturan yang dibuat telah difikirkan baik buruknya penggunaan telefon bimbit kat sekolah ni. Pada pendapat aku lah, kalau peraturan handset ini dibenarkan ke sekolah, nanti tak pasal-pasal ramai pelajar yang 10 kali ke tandas untuk buang air kecilnya. Pelajaran ke mana, tandas pulak jadi bilik darjah mereka.

Jadi kepada pelajar di luar sana, toksah beng dok bawa handsetlah ke sekolah tu. Belajar dulu, pahtu baru boleh fikir nak main handset.


vvvvvjjjh

0 comments:

Related Posts with Thumbnails