Saturday, July 18, 2009

minda kartun

Memang benar kata pengembara hebat di Tanah Melayu Musyi Abdullah," Bila senja berlabuh, apabila aku melalui rumah-rumah orang melayu akan kedengaranlah suara-suara kanak-kanak mengaji Quran".

Agak-agaknya kalu hari ini, tokoh tersebut melalui rumah-rumah orang melayu apa yang beliau dengar ya. Tentu terkejut beruk dia, bila yang didengar adalah suara-suara kartun seperti doremon, chi chan, Avatar didektif conan dan banyak lagilah rancangan-rancangan kartun yang lainnya.

Begitulah senario hari ini, kebanyakkan ibu bapa sekarang membiarkan anak-anak mereka menonton TV di waktu yang sepatutnya boleh digunakan untuk melakukan sesuatu yang berfaedah. Alasan mereka; mereka penat hendak melayan karenah anak-anak. Biarlah anak-anak dengan dunianya. Aku nak berehat. Ajak-ajak anak-anak ke surau atau masjid jauh sekali !!!

Membesarlah mereka dengan minda kartunnya. Bercakap gaya kartun. Berbual tentang kartun. Otakpun macam kartun. Yang menjadi masalahnya, cikgu-cikgu kat sekolah yang hendak mencorakkan balik mereka ke jalan yang betul. Sakit kepala dibuatnya. Disuruh buat latihan, tak mahu. Diminta menyalin nota, malas!! Yang rajin...bila diajak bersembang tentang kartun. "Memang sahlah anak-anak lening, anak-anak burger", kata seorang pakar motivasi terkenal Malaysia.

Walaubagaimanapun, bukan semua ibu bapa lagu tu, ada gak yang bagus! Mereka mendisiplin anak-anak mereka di rumah. Mereka perkenalkan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh anak-anak. Sebagai contohnya, pada malam hari persekolahan, sori tak boleh buka TV. Buat kerja homework sekolah. Atau buat lah perkara-perkara lain selain pasang TV.

Yang hebat lagi, ajak anak-anak ke surau mahupun masjid. Kalau semua ibu bapa pakat buat lagu ni, aku yakin dan percaya tak lah pening kepala cikgu-cikgu kat sekolah. Tak lah ramai cikgu yang sakit jiwa.

Semoga aku pun sebahagian dari ibu bapa yang hebat ini. Amim....!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails