Monday, August 31, 2009

1 Malaysia


Merdeka! Merdeka ! Merdeka!

Beryukur kepada Allah kerana aku sempat lagi menyambut Hari Kemerdekaan kali ke 52 dalam suasana aman,makmur dan tiada rusuhan. Syukur amat..! Dengan tema SATU MALAYSIA diharapkan moga negara kita terus maju ke hadapan. Dan yang paling penting negara kita sentiasa aman.

Bercakap tentang kemerdekaan... macam biasalah persoalan yang sering dibicarakan, apakah erti kemerdekaan sebenarnya dalam diri setiap individu. Kemerdekaan bagi seorang pemiutang ialah bila berjaya melangsirkan hutangnya. Kemerdekaan bagi seorang pelajar pula ialah bila tamat aje peperiksaan penting dalam hidupnya. Dan banyak lagi maksud dan pengertian kemerdekaan buat orang lain.

Apa pun takrifannya ia membawa kepada kebebasan daripada terikat dan terpenjara oleh sesuatu yang membuat kita tertekan kerananya. Misalnya kemerdekaan negara kita, yang sudah bebas dari penjajah yang menjajah negara kita.

Biar apa pun kata orang, tentang masih ramai remaja kita yang tidak memahami erti kemerdekan sebenar, namun kita patut bersyukur kerana anak-anak kita, adik-adik kita berada dalam suasana aman, makmur. Suasana ini akan memudahkan mereka berusaha untuk memajukan diri mereka seterusnya dapat mengisi kekosongan kemerdekaan. Perlu diingat bukan suatu perkara mudah untuk mengekalkan keamanan seperti yang kita kecapi sekarang. Segalanya ia bermula dari diri kita sendiri...SELAMAT MERDEKA NEGARAKU!!

Wednesday, August 26, 2009

Baza Ramadhan

Hari ini aku cuba jenguk-jenguk ke baza ramadhan Cabang Tiga. Ya, Allah ramainya orang! Dan kaya-kaya mereka ya. Di kiri kanan jari mereka penuh bersangkut dengan bungkusan plastik yang berisi makanan. Banyaknya mereka beli. Dalam hatiku berbisik,"habiskah makanan tersebut, bila berbuka nanti." Itulah budaya orang melayu bila tiba waktu berpuasa ni. Apa kata orang tua...gelap mata. Tengok tu, berkenan, lihat ni berkenan. Boleh dikatakan apa yang dilihat pasti dibeli. Dahsyat..!!

Walaupun negara kita sekarang ni dilanda musibah H1N1 dan kerajaan menasihati rakyatnya untuk memakai topeng, tapi masih ramai yang aku tengok di baza ramadhan tu yang tidak mengendahkannya. Malah aku pulak ditengok semacam bila bertopeng. Memang perangai masyarakat kita lagu tu, bila tak kena pada diri sendiri, keluarga terdekat. Mereka akan buat tak tahu aje apa yang disarankan oleh kerajaan. Geramnya....!!!

Aku tak jadi beli makanan kat baza ramadhan tu, bila aku lihat tahap kebersihannya hanya di tahap memuaskan. Aku balik tangan kosong dan bersama isteri masak kat dapur. Lagi selamat rasanya.

Tuesday, August 18, 2009

Ramadhan oh Ramadhan

Sekiranya diizinkan oleh Allah S.W.T, kita akan bersama-sama berpuasa pada hari Sabtu nanti. Diucapkan selamat menyambut bulan yang penuh keberkatan. Bila sebut bulan berkat ini, masyarakat kita amat menanti-menantikan ketibaannya. Sebulan sebelum tibanya Ramadhan kita telah sibuk menyiapkan diri dengan mencari kain-kain baru untuk dibuat baju raya; telah berkira-kira untuk pakai warna sedondong dengan pasangan atau keluarga kita. Kita juga telah di'tawar'kan dengan tempahan-tempahan aneka jenis kuih. Wauu.... hebat bukan! Cara kita hendak menyambut Ramadhan. Itu belum masuk bab-bab nak tukar langsai baru, kerusi meja ruang tamu dibeli yang baru atau tidak; pagar, dinding rumah dicat baru dan sebagainya.

Anak-anak pula sibuk dengan budaya baru yang tiba-tiba muncul menjelang bulan puasa ni. Mula kreatif memikirkan cara untuk meletupkan sesuatu sebagai tanda berbuka puasa. Mercun + belerang + buluh duri = meriam buluh. Kalau payah sangat cari buluh, mereka ambil batang besi. Kreatif sungguh mereka!! Mulalah 2, 3 hari berpuasa sudah ada yang masuk paper... jari putus, tangan kudung dan sebagainya akibat main mercun.

Walaubagaimanapun ada juga kebaikan datangnya bulan berkat ini, baza-baza Ramadhan tumbuh bak cendawan. Murah rezeki peniaga bila tiba bulan puasa ni, tak muat jari diangkutnya makanan. Lapar sungguh mereka. Bila berbuka, melewa-lewa makanan tak abis. Membazir sungguh!!!

Berbeza sungguh masyarakat kita dengan masyarakat Arab. Menurut anak saudara aku yang belajar di U kat Madinah, bila tiba bulan Ramadhan, rumah-rumah akan diterangi dengan cahaya lampu yang terang benderang sebagai tanda mengucapkan selamat datang bulan yang penuh keberkatan. Mereka pula berlumba-lumba untuk memberi sedekah dengan memberi makan kepada orang ramai untuk berbuka puasa. Di hadapan rumah mereka disediakan gerai-gerai yang penuh dengan makanan dan diberikan kepada orang yang berbuka puasa. Hebatkan...!!. Bila di penghujung Ramadhan, lampu-lampu rumah dipadam atau dimalapkan sebagai tanda kesedihan berakhirnya Ramadhan. Tiada lagi keriangan. Tiada lagi lagu raya seperti di negara kita. Mereka sedih kerana rantai-rantai syaitan akan dibuka bila berakhirnya Ramadhan...

Kita...?? menghitung hari bilakah berakhirnya Ramadhan. Tak sabar untuk mengayakan baju raya..malah turut sama menyanyikan lagu-lagu raya. Dan yang paling seronoknya bila ada yang sanggup menangis dan meraung... bila baju yang ditempah tidak dapat disiapkan.

Semoga kita diberi Taufik dan Hidayah olehNya untuk sama-sama menghayati dan menyemarakkan bulan yang penuh keberkatan ini. Amim...!!!!

Monday, August 10, 2009

bila kita lupa diri...

Apa yang ingin aku utarakan ini adalah perkara biasa yang berlaku dalam kehidupan. Ianya tentang kerja. Ramai orang yang lupa tentang pekerjaan mereka. Kuli lupa yang dia kuli dan berlagak macam bos. Guru kecil pula terkadang hanyut berbicara seolah-olah dia guru besar. Begitulah yang sering berlaku... terkadang alfa dan lupa. Atau yang makin parah berpura-pura lupa diri.


Bos pun begitu jugak. Lupa diri dan guna kuasa untuk menunjukkan dia BOS. Walaupun terkadang apa yang diarah dan disuruh itu salah congkeng. Keras hati mempertahankan pendirian walaupun jelas ianya songsang dengan normal kehidupan. Ianya sudah lama terjadi dalam lipatan kehidupan. Cuma kita tidak mengambil iktibar dari apa yang berlaku pada sejarah yang lepas. Contoh yang jelas adalah Firaun, yang lupa diri sehingga sanggup mengaku dirinya Tuhan. Apa punya besar EGO dia dah...


Kita pun begitu gak, terkadang disering dialfakan oleh 'bisikan-bisikan hati' yang memujuk kita untuk turut berlagak. So, macam datuk aku pesanlah, bila kita mula lupa diri...cepat-cepatlah kita mengingati semula asal kejadian kita. "dari mana kita datang, dari mana kita keluar, dan ke mana selepas kita hidup," begitulah dalam manja datukku berkata sambil mengosok-gosok belakangku di tepi tangga batang buluh di pondoknya.


Terpaku dan terkedu aku dengan nasihat datukku. Benarlah pesannya...apa guna kita lupa diri, megah dengan apa yang kita ada, sedangkan kalau masuk habuk dalam mata pun kita minta tolong orang lain mengeluarkannya.

Ingat pesan tok guru mengajiku masa kecil-kecilku dulu, " jika kita seorang anak... sebesar mana pangkat dan darjatnya, bila berdepan dengan emak ayah kita tetap seorang anak. Buang jauh-jauh pangkat dan darjat tu."

Berapa orang dari kita yang sanggup buat begitu. Melainkan kalau kita datang ke rumah orang tua kita, kita menyuruh anak-anak kita aje yang keluar dari kereta besar bersalam dengan tok nenek mereka. Kita...!!!


Friday, August 7, 2009

orang dedalu


pokok dedalu di atas pokok keluduk

Kenalkah anda pada pokok dedalu? Tentu kenalkan!! Biasanya kita jumpa pokok dedalu ini bila kita menziarahi kebun atau dusun. Atau paling komang pun bila kita biasa panjat pokok jambu atau rambutan di tepi rumah kita. Dedalu ini meneruskan survival hidupnya dengan menumpang pokok-pokok lain. Dahlah menumpang, dia ambil pula makanan dan zat pokok yang ditumpangnnya. Parasif betul..! Akhirnya pokok yang ditumpang itu layu dan kemudian k.o. Tapi dedalu ini lupa diri, bila tuan yang ditumpang k.o dia pun kemudiannya akan k.o jugak.


Bagaimana ya... kalu manusia pun mempunyai sifat dan ciri-ciri pokok dedalu ni. Tentu haru biru jadinya. Orang dedalu ini, bila berada di depan kita akan bersifat manis muka, pandai muji, atau kata kasar sikit kaki bodek le. Tujuannya satu sahaja; untuk dapat habuan !!! Yang kita bimbangi ialah bila di belakang kita. Tentu orang-orang dedalu ini akan memuji dan bermanis muka dengan orang lain. Kalau setakat tu aje tak apa, ini siap kutuk-kutuk kita dan keji kita pulak. Hampeh sungguh... !!

So, kita kena berhai-hati bila berdepan dengan orang-orang pokok dedalu nie. Takut-takut kita pulak yang akan berjangkit penyakit dedalu. Banyak-banyak berdoa semoga kita dijauhi penyakit yang dikeji olah Allah.

Monday, August 3, 2009

SALAHKAN DIRI SENDIRI

Hari ini seorang ustaz merungut yang markah ujian anak-anak didiknya rendah-rendah belaka. Dia kata mungkin dia silap ngajar kot! Bagusnya dia, langsung tidak menyalahkan pelajar atau faktor-faktor lain yang menyebabkan berlakunya situasi tersebut. Jarang berlaku begitu. Kalu kita tentu kite tunding jari ke orang lain. Misal kata pelajar tu malas belajor, malas bace dan sebagainya. Maklumlah sifat semulajadi manusia, bila tidak berlandaskan ilmu, tu jadi gitu tu; suka cari salah orang lain. Kite betul sokmo. Mular le cari kesilapan orangnya.

Maka sebab itulah kite kena cari ilmu. Kite kena belajar...pahtu amal ilmu tu. InsyaAllah kite boleh jadi macam ustaz tu. Tapi nak cari ilmu bukan perkara mudah. Macam kata orang tua-tua lah, kalu nak senang kediang, kite kena susoh dulu. Kalu pelajar sebagai contohnya, kena baca banyak-banyak, kena wat latihan rajin-rajin... bila tiba ujian atau periksa wak molek-molek, barulah dapat markah tinggi. Pahtu tu boleh masuk U. Bila keluar U, dapat keje molek-moleh..boleh le beli kereta besar-besar, wak umah besar dan dapat isteri comel-lote. Barulah macam orang tua-tua kata susoh dulu, senang kediang.

Tu..baru bab dunia. Bab akhirat pung lagu tu gak. Kena banyak wak amal ibadat banyak-banyak, solat jangan tinggal, cakap tu biar molek-molek jangan nawok. Barulah bila di sana nanti kite akan mendapat berkat.

Jadi benarlah kata orang tua-tua, berubahlah biar susoh dulu... senang kediang. Dan yang paling hebatnya kalu senang dulu, senanglah kediang.

Related Posts with Thumbnails