Tuesday, July 20, 2010

apa dah jadi...



Apa dah jadi dengan remaja, mak remaja, isteri orang, suami orang dan mereka yang terlibat dalam gejala sosial dikenali sebagai bencana sosial. Ramai pakar-pakar keluargaan yang memberi pelbagai pandangan dan pendapat masing-masing tentang isu ini. Ada di antara mereka yang menyalahkan ibu bapa remaja, tok dan opah remaja. Tak kurang juga yang menyalahkan pihak pemerintah yang tak serius dalam menangani isu ini. Masing-masing cuba mencari alasan yang paling konkrit yang boleh diterima oleh mereka yang hendak mendengarnya.

Apa pun pada pendapat aku yang dangkal dan pendek akal ini, jangan penyelesaiannya sudah ada di depan mata mereka. Cuma, sama ada mereka kelabu dan rabun mata kerana tak nampak perkara ini atau sengaja untuk mengelak dari mencuba dan mengamalkan jalan penyelesaian tersebut. Iaitu kita semua pakat kembali kepada ajaran agama Islam sepenuhnya. Biarpun ada di antara orang di luar sana yang mencebik atau tersenyum sinis dengan pandangan aku ini-biarkan! Kerana mereka memang dari sejak kecil lagi tak ‘ngaji’( belajar) tentang perjalanan hidup Rasullulah S.A.W yang telah berjaya menaikkan martabat kemanusiaan dari lembah ‘kebinatangan’ kepada masyarakat yang hidup dalam suasana yang aman dan harmonis.

Bala tuhan ( gejala sosial ) ini berlaku kerana kita sudah terlalu jauh menyimpang dan lari dari landasan sebenar ajaran Islam. Ibadat solat dipandang ringan dan remeh oleh ibu bapa. Apatah lagi membimbing dan menyuruh anak mereka mendirikan solat. Sedangkan ibadat solat itu dapat mencegah seseorang islam itu daripada melakukan kejahatan sebagaimana Firman Allah dalam surah al-Ankabut 29:45 yang bermaksud:

sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada fahsya’ dan mungkar.

Semangat tegur menegur dalam perkara-perkara kebaikan juga telah beransur-ansur hilang dalam kehidupan masyarakat kita. Bila ada guru yang menegur anak didik mereka, ada ibu bapa yang melenting. Marah tak tentu punca. Terlalu mempercayai cerita anak-anak mereka. Telefon pengetua-marah-marahkan guru tersebut. Dan dengan beraninya mengarah pengetua/guru besar menukarkan guru tersebut ke sekolah lain. Sehinggakan ada guru yang merajuk dan malas mengambil hal tentang apa yang terjadi kepada anak didik mereka di luar pagar sekolah. Apalah nak jadi dengan masyakarat kita hari ini!

Sebagai memujuk hati supaya kita dapat menerima dengan redha keadaan ini, tenang marilah berusaha untuk sama-sama mencegah agar bencana sosial ini agar tidak terus merebak dan berkembang dengan menjaga ahli keluarga kita agar membuat pergantungan hati kepada Allah S.W.T setulusnya. Amim....



Related Posts with Thumbnails