Sunday, June 20, 2010

pentas kehidupan



Aku percaya ada di antara kita di luar sana yang suka memerhati gelagat-gelagat ahli masyarakat kita. Bukan dengan niat untuk menjaga kain tepi orang, tetapi untuk kepuasan diri sendiri. Mengambil iktibar dari apa yang berlaku, agar kita dapat mengambil yang baik sebagai pedoman dan yang buruk untuk dijadikan sempadan hidup. Seperti mana kita ketawa dan menangis apabila kita melihat sesebuah filem yang mempunyai unsur humor dan sedih.

Kata pujangga; dunia ini adalah pentas kehidupan sementara yang mana kita adalah sebahagian dari pelakon-pelakon yang memegang pelbagai watak dan karektor. Terserah kepada kita untuk memainkan peranan bagi setiap watak tersebut.

Maka dengan itu kita dapat melihat yang setiap dari kita memainkan peranan masing-masing. dalam mengindahkan warna-warna pentas kehidupan kita ini sebelum watak kita tersebut dimatikan.

Persoalannya...

Apakah kita tahu atau sengaja pura-pura tidak tahu tentang tujuan atau peranan kita dalam pentas kehidupan sementara ini?

Atau kita telah dialfakan oleh segala keindahan , keseronokan, kemewahan dan kebahagian pentas ini sehingga kita turut lupa dalam mencari watak sebenar kita ??


....Kita yang tentukan segalanya!!


Related Posts with Thumbnails