Wednesday, November 10, 2010

berkorban apa sahaja


SELAMAT BERHARI HARI QORBAN? Orang kampung aku sering bertanya, “berkorban tak tahun nie?” maksudnya; adakah aku masuk bahagian dalam membeli seekor lembu untuk ibadat korban. Kalau aku jawab, tak! Maknanya adalah dialog seterusnya.

Apa pun apa sebenarnya erti Hari Raya Qorban? Pada pagi hari raya tu, pasti khutbah hari raya tidak terlepas menceritakan tentang pengorbanan besar yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya Nabi Ismail. Kisah ini telah menjadi popular yang sepatutnya dah diketahui oleh mereka yang mengaku beragama Islam. Lagenda ketaatan seorang anak dalam mematuhi dan menghormati ayahnya. Kalau tak tahu lagi tu,.. pergi-pergilah belajar. Atau paling tidak pun tanyalah ibu bapa kita. Tentu mereka tahu!!

Apa yang aku nak entry kan kali ini ialah tentang sejauh mana kita sebagai seorang anak dalam melaksanakan pergorbanan terhadap ibu bapa . Sejak akhir-akhir ini, kedapatan ibu bapa sering kali mengeluh dan merungut yang anak mereka tidak mendengar kata, kurang menghormati dan paling teruk ada anak-anak yang sanggup meninggikan suara kepada orang tua mereka. Dan paling-paling tak logiknya dah ada anak-anak yang teramat sanggup membunuh kedua ibu bapa mereka!!

Kenapa ya jadi begini....????

Terlalu banyak jawapannya. Anda sendirilah yang cari jawapannya.!!!

Tapi satu sahaja yang ingin aku lontarkan kepada diri sendiri dan pembaca (yang baca entry inilah). Kita diberi akal oleh Allah, gunalah sebaiknya. Andainya latar belakang keluarga kita kelam-kelabu asap, kita jangan salahkan mereka. Biarkan kisah hidup mereka begitu. Tugas kita sebagai seorang anak ialah menghormati mereka. Mendoakan kesejahteraan mereka. Tanpa mereka, kita tidak ada di atas pentas dunia ini. Yang pentingnya kita hendak sentiasa membuat pengorbanan untuk mereka. Semoga berbahagia kita di dunia dan di akhirat, kesan kita menghormati kedua ibu bapa kita.



Amin!!


Related Posts with Thumbnails