Tuesday, August 18, 2009

Ramadhan oh Ramadhan

Sekiranya diizinkan oleh Allah S.W.T, kita akan bersama-sama berpuasa pada hari Sabtu nanti. Diucapkan selamat menyambut bulan yang penuh keberkatan. Bila sebut bulan berkat ini, masyarakat kita amat menanti-menantikan ketibaannya. Sebulan sebelum tibanya Ramadhan kita telah sibuk menyiapkan diri dengan mencari kain-kain baru untuk dibuat baju raya; telah berkira-kira untuk pakai warna sedondong dengan pasangan atau keluarga kita. Kita juga telah di'tawar'kan dengan tempahan-tempahan aneka jenis kuih. Wauu.... hebat bukan! Cara kita hendak menyambut Ramadhan. Itu belum masuk bab-bab nak tukar langsai baru, kerusi meja ruang tamu dibeli yang baru atau tidak; pagar, dinding rumah dicat baru dan sebagainya.

Anak-anak pula sibuk dengan budaya baru yang tiba-tiba muncul menjelang bulan puasa ni. Mula kreatif memikirkan cara untuk meletupkan sesuatu sebagai tanda berbuka puasa. Mercun + belerang + buluh duri = meriam buluh. Kalau payah sangat cari buluh, mereka ambil batang besi. Kreatif sungguh mereka!! Mulalah 2, 3 hari berpuasa sudah ada yang masuk paper... jari putus, tangan kudung dan sebagainya akibat main mercun.

Walaubagaimanapun ada juga kebaikan datangnya bulan berkat ini, baza-baza Ramadhan tumbuh bak cendawan. Murah rezeki peniaga bila tiba bulan puasa ni, tak muat jari diangkutnya makanan. Lapar sungguh mereka. Bila berbuka, melewa-lewa makanan tak abis. Membazir sungguh!!!

Berbeza sungguh masyarakat kita dengan masyarakat Arab. Menurut anak saudara aku yang belajar di U kat Madinah, bila tiba bulan Ramadhan, rumah-rumah akan diterangi dengan cahaya lampu yang terang benderang sebagai tanda mengucapkan selamat datang bulan yang penuh keberkatan. Mereka pula berlumba-lumba untuk memberi sedekah dengan memberi makan kepada orang ramai untuk berbuka puasa. Di hadapan rumah mereka disediakan gerai-gerai yang penuh dengan makanan dan diberikan kepada orang yang berbuka puasa. Hebatkan...!!. Bila di penghujung Ramadhan, lampu-lampu rumah dipadam atau dimalapkan sebagai tanda kesedihan berakhirnya Ramadhan. Tiada lagi keriangan. Tiada lagi lagu raya seperti di negara kita. Mereka sedih kerana rantai-rantai syaitan akan dibuka bila berakhirnya Ramadhan...

Kita...?? menghitung hari bilakah berakhirnya Ramadhan. Tak sabar untuk mengayakan baju raya..malah turut sama menyanyikan lagu-lagu raya. Dan yang paling seronoknya bila ada yang sanggup menangis dan meraung... bila baju yang ditempah tidak dapat disiapkan.

Semoga kita diberi Taufik dan Hidayah olehNya untuk sama-sama menghayati dan menyemarakkan bulan yang penuh keberkatan ini. Amim...!!!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails