Thursday, November 26, 2009

berkorbanlah kita



Selamat menyambut hari raya Aidil Adha diucapkan kepada umat Islam di seluruh dunia. Semoga ketibaan hari yang mulia ini menginsafkan kita kepada sejarah pengorbanan dan ketaatan seorang anak Nabi Ismail kepada perintah Allah menerusi suruhan ayahandanya Nabi Ibrahim.

Kali ini aku nak kutil pulas sikit tentang penghayatan dan sambutan kepada hari raya ini. Tidak tahu kenapa ya, sambutan hari raya ini kurang menyengat jika dibandingkan dengan sambutan hari raya aidilfitri. Kalau sambutan hari raya puasa 15 hari puasa terakhir tu, kita dah berdebar-debar bertanyakan tukang jahit sama ada baju raya kita siap atau belum. Atau paling tidak pun kita dah berlumba-lumba pergi ke pasaraya untuk membeli baju seluar raya anak-anak kita. Tapi bagi hari raya korban ini. Apa yang kita lakukan selain menempah nama dalam mencari lembu-lembu untuk berkorban. Apa yang anak-anak kita tahu tentang hari raya ini? Malah lebih teruk lagi bila ada di antara anak-anak kecil kita bertanya,"esok raya apa, abah." Sebabnya, kita tidak libatkan mereka untuk sama-sama menghayati hari-hari kebesaran agama Islam dalam kehidupan mereka. Apa salah kiranya kita mengajak anak-anak kita untuk sama-sama 'terlibat' secara tidak langsung dalam acara mencari binatang untuk dikorbankan. Misalnya mengajak anak-anak kita masuk ke kampung-kampung untuk mencari lembu untuk disembelih pada hari raya korban nanti. Dalam pada itu, selitkan nilai-nilai Islam yang berkaitan sambutan hari raya korban seperti bercerita tentang sejarah pengorbanan Nabi Ismail, tentang kepatuhan dan ketaatan baginda kepada ayahandanya baginda. Beritahu juga tentang fadilat dan kelebihan acara berkorban ini kepada anak-anak kita. Ceritakan kepada mereka yang titisan darah yang mengalir di tekuk setiap binatang korban tersebut menghapuskan dosa setiap ahli keluarganya. Dengan cara ini secara tidak langsung mereka akan ingat tentang situasi dan perjalanan sambutan hari raya korban ini.

Ini tidak! Mereka hanya terlibat dalam acara menghantar daging-daging tersebut kepada jiran tetangga, saudara mara tanpa mengerti dan memahami hakikat daging korban tersebut.

selamat berkorban...



0 comments:

Related Posts with Thumbnails