Wednesday, December 9, 2009

2010



i.

Tanpa kita sedari, masa berlalu begitu pantas. Meninggalkan kita tanpa terasa. Tahun baru 2010 akan menjengah hidup kita tak lama lagi. Bermakna usia kita semakin bertambahlah. Tak berani nak kata kita semakin tua. Aduss!! Perkataan itu terlalu sensitif untuk setengah orang perempuan. Bimbang dan risau tak tentu pasal..., takut barangkali suaminya akan mencari yang baru, yang bergetah! Biarlah... si suami pun tua jugak. Tapi tua-tua keladi, makin tua makin menjadi...

ii.

Buat orang perempuan yang belum berkahwin, kedatangan tahun baru ini makin lagi menambah kerisauan di hati. Serabut! Dengan desakan orang di sekeliling. “Bila lagi nak makan nasi minyak.”Benci sungguh dengan mereka yang tidak mengerti yang jodoh dan ajal maut itu di tangan Yang Maha Kuasa. Tapi jauh di sudut hati, berdoa siang malam agar jodoh dipercepatkan. Ada titik takut di dalam hati- bimbang kahwin dengan suami orang atau duda. Maklumlah si teruna yang muda-muda tentu liat melihat orang yang berumur sepertinya.

iii.

Buat mereka yang dah pencen. Ketibaan tahun baru ini bermakna semakin hampir dengan ajal. Ada kegusaran di hati memikirkan dosa-dosa silam yang belum tertebus. Dengan kesihatan yang dah macam kereta lama yang sentiasa rosak dan perlu direpair, mengikat hati untuk sentiasa berada di masjid. Jesteru di masjid-masjid hanya golongan ini yang ramai berbanding yang golongan muda. Mereka lupa terdapat juga orang muda dijemput tuhan lebih awal dari orang berpencen.

iv.

Seorang ayah mengaru kepala memikirkan ketibaan tahun baru. Pening dan berat kepala mencari jalan penyelesaian untuk membayar yuran-yuran persekolahan yang semakin tinggi biarpun kerajaan ‘mengurangkan’ yuran sekolah. Dalam tidur, bermimpi anak-anak merenggek meminta dibeli pakaian baju seluar, kasut, beg sekolah yang baru. Pening!

v.

Aku. Ketibaan tahun baru 2010; macam dulu-dulu jugak. Memdoakan moga Allah memberkati usia yang dipanjangkan. Moga nafas yang diberi pinjam dapat kubayar dengan harga bertakwa kepadaNya

0 comments:

Related Posts with Thumbnails