Friday, December 11, 2009

bersihlah hati kita..


Islam mendidik dan membimbing kita menerusi ajaran Rasullulah s.a.w supaya sentiasa berprasangka baik sesama manusia. Tapi sayangnya masyarakat melayu khususnya terlalu payah untuk mengamalkan ajaran ini. Bermula dari kisah terkenal dari zaman kerajaan melayu Melaka lagi, kita telah didedahkan dengan sifat dengki terhadap keluarga Tun Mutahir hinggalah kepada pahlawan melayu tersohor Hang Tuah. Hasad dengki, tamak haloba dan mabuk kuasa sentiasa berligar dalam minda melayu. Dari zaman belum merdeka hinggalah ke hari ini. Cuma bentuk dan caranya sahaja yang berbeza. Sebab itulah, pengiat filem tak jemu-jemu membuat filem bercorak demikian seperti filem susuk, santau dan sebagainya.

Biarpun masyarakat melayu moden semakin tidak mempercayai perkara karut marut demikian, tetapi dengan ketipisan iman, maka masyarakat kita terlalu mengikut kata hati. Lebih-lebih lagi bila kita dikhianaati, dilukai dan lain-lain perlakuan yang menyebabkan kita tidak selesa. Hatta kena marah dibos pun kita dah tak boleh tahan. Maka dengan ditambah dengan bisikan syaitan, hasutan kawan-kawan, keluarga dan kata hati; kita bertindak diluar ajaran agama Islam. Berjumpa bomoh melayu mahupun bomoh siam untuk membalas dendam atas orang-orang tertentu yang telah melukaikan perasaan kita. Mereka lupa, bomoh-bomoh ini juga memohon kepada Allah S.W.T. Dengan izinNya, maka termakbulkan permintaan kita tersebut. Derita dan sengsaralah mangsa kita. Puaslah hati kita!!! Tapi jauh di sudut hati, kita tidak boleh menipu diri sendiri. Kita tetap rasa keluh resah dan tak tenang. Mungkin itulah penyakit yang Allah campakkan kita. Walaupun pada zahirnya kita seakan bahagia, tapi hanya kita yang tahu hakikat sebenarnya...

Justeru itu, marilah kita berubah. Banyakkan amal ibadat selagi usia dipinjamkan tuhan. Ingatlah ...hidup kita di sini hanya bersifat sementara. Hidup kekal abadi adalah di akhirat nanti. InsyaAllah bila kita ingat yang kita akan mati, maka kita akan dapat hidari diri kita dari melakukan perkara-perkara yang ditegah tuhan. InsyaAllah

0 comments:

Related Posts with Thumbnails