Monday, December 14, 2009

tidak berminat

Bila aku beli surat khabar. Dua perkara yang aku kurang baca. Ruangan politik dan juga ruangan sukan. Tak tahulah kenapa jadi begitu. Bagi akulah:-

1/ POLITIK

Malas benar melayan karenah pemimpin yang tak mementingkan orang yang dipimpinnya. Kebanyakkan pemimpin hari ini dari yang di atasnya sampailah yang paling bawah pun tidak memahami tanggunjawab yang telah diamanahkan kepadanya. Yang utama adalah kepentingan peribadi sama ada diri sendiri, keluarga dan kerabat-kerabatnya. Orang lain kemudian kira...

Yang menghairankan aku, mereka ini yang dipilih setiap kali bila ada proses pemilihan pemimpin. Tak tahulah sama ada mereka ini memang benar-benar dipilih dengan jujur mahupun sebaliknya. Pokoknya, mereka ini tetap terpilih setiap kali tiba pilihanraya. Aduss....memang masyarakat kita buta dalam memilih pemimpin.

Kita kena ingat, kita ini adalah orang Islam. Maka wajib ke atas diri kita memilih orang-orang yang beragama Islam yang mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan sehariannya. Sekurang-kurangnya bila kita ditanya di kehidupan akhirat nanti kita dapat menjawab dengan lancar lagi fasih yang kita telah memilih pemimpin yang beragama Islam dan beramal dengannya.

Kita telah diberi akal dan minda yang sihat oleh Allah S.W.T, maka seharusnyalah kita bijak dalam memilih pemimpin yang akan dapat mengheret kita sama ada ke syurga mahupun ke neraka nanti. Janganlah kerana kita diberi habuan yang 'kecil' kita menolak kebenaran yang berada di depan mata kita.


2/ SUKAN

Mula tidak minat bila mutu sukan negara mula merosot. Tak minat kerana terlalu banyak campur tangan orang politik. Memang benar seperti didakwa kalau orang politik tak masuk campur payah sikitlah nak dapat 'pulus'nya, tetapi itu bukan jalan penyelesaiannya. Bila mereka ( orang politik ) berada dalam sukan, tentu secara tidak langsung pemikirannya menjurus kepada kepentingan politiknya. Bila merancang sesuatu aktiviti yang boleh memajukan bidang sukan, akan ada juga agenda politiknya. Boring.......!!!! Tidak ada satu perancangan jangka masa panjang biarpun telah wujud sekolah sukan. Ada atau tidak satu kajian dibuat oleh pihak-pihak tertentu untuk menilai sejauhmanakah sekolah sukan ini dapat melahirkan pemain-pemain sukan yang dapat mengharumkan negara?


Tidak minat; bila pemain-pemain dalam arena sukan tidak ada semangat kenegaraan. Bermain bukan kerana mengharumkan nama negara tetapi kerana ganjaran yang diberikan. Tetapi tidak salahkan pemain-pemain yang terlibat 100% kerana itu semua adalah hasil orang politik yang kononnya untuk memberi motivasi kepada pemain agar bermain bersungguh-sungguh. Tapi sebaliknya berlaku. Boring....!!!



0 comments:

Related Posts with Thumbnails