Sunday, February 7, 2010

Lelaki, tolong jaga kebersihan…

Sakit hati bila sepintas lalu membaca tajuk artikel yang ditulis oleh noraini.razak@utusan.com.my yang bertajuk Lelaki, tolong jaga kebersihan… dalam mingguan Malaysia Ahad 7 February 2010. Terlintas di hati, pengotor sangatkah kaum lelaki ini. Tetapi setelah membaca keseluruhan isi artikel tersebut, aku tabik spring setuju sangat-sangat apa yang ditulis dan diperkatakan itu. Apa tidaknya, kisah lelaki perokok yang tidak reti-reti menjaga kebersihan dengan membuang puntung-puntung rokok yang telah dihisapnya di merata-rata tempat.

Bercakap tentang si perokok ini aku pun ada kisah yang nak dikongsikan bersama tentang ketidakpatutan perangai dan peil orang lelaki yang merokok nie. Semasa aku belajar kat U dulu, aku tinggal di rumah sewa bersama 4 orang rakan. Dari rakan-rakan tersebut hanya seorang sahabat saja yang merokok, yang lainnya tidak merokok. Tetapi yang geram dan sakit hati aku bila yang si perokok itu tidak menghormati kami yang berempat tidak merokok ini. Beliau dengan selamba merokok di dalam rumah biarpun ditegur berulangkali. Bekas tin minuman yang dijadikan tempat habuk rokoknya telah beberapa kali aku buang ke luar rumah, termasuk di hadapannya. Tetapi mujurnya dia tidak marah. Tetapi selepas itu dibawanya lagi masuk bekas tin minuman untuk dijadikan tempat habuk rokoknya. Kali ini aku buang lagi ke luar rumah. Peristiwa buang tin minuman ( tempat habuk rokoknya ) berulang kali berlaku sehinggalah kami tamat belajar di U tersebut. Begitulah bebal dan degilnya orang yang merokok. Setakat sindir-sindir dia buat tak tahu aje.

Tahap aku benci gila kepada perokok ini ialah saat aku dan anak-anak makan kat warung mahupun di restoran. Bila ada si perokok membuat der jee tentang orang sekeliling yang asyik menepis-nepis asap rokok yang dihembusnya. Kalau diikutkan hati mahu aje aku pergi tumbuk dia orang. Geram! Sakit hati! Bila ada manusia yang tidak menghormati hak orang lain. Apa kata kalau ‘ketagih’ sangat nak merokok tu, keluar aje dari warung mahupun restoran tempat orang lain sedang makan. Kan habis cerita. Ini tidak. Buat tidak peduli aje. Time inilah aku berdoa agar orang-orang seperti ini ditangkap atas kesalahan merokok di tempat awam. Biar padan muka dia orang!!

Ini satu lagi kes naya, aku mengeleng-geleng kepala bila melihat situasi begini. Seorang ayah menghisap rokok di dalam kereta yang disebelah ada isterinya bersama anak kecil malah di tempat duduk belakang keretanya juga ada anak-anak kecil mereka yang lain. Hembusan asap rokok ayah turut disedut oleh anak-anaknya. Betul-betul si ayah ini tidak bersekolah…!

Aku pohon sangat-sangat kepada sesiapa yang merokok di luar sana, agar pandai-pandaikan diri anda untuk menghormati orang lain. Sekiranya anda ingin ‘membunuh diri’ anda, biarlah anda seorang yang mati. Jangan digamit kami bersama…

0 comments:

Related Posts with Thumbnails