Friday, October 30, 2009

anak kita


......jadilah pemuda yang berkata tidak pada DOSA

Bersediakah lagi anak-anak kita untuk membicarakan soal pendidikan seks secara terbuka. Atau kita masih lagi terikat dengan adat resam melayu lama kita yang menjadikan isu ini sebagai isu rahsia di bawah kain. Atau kita membiarkan masa yang mengajar kita tentang persoalan seks sebagaimana datuk nenek kita membiarkan kita mempelajarinya setelah berkahwin.

Apa yang dibimbangi ialah anak-anak kita sekarang telah terlalu kedepan dalam persoalan ini. Sedangkan kita masih lagi merasa ragu-ragu atau duduk merancang dan berbincang bagaimana cara terbaik untuk mendidik mereka mengenal natijah dan kebaikannya.

Kesan daripada pengetahuan 'luar biasa' anak-anak kita tentang persoalan seks ini benar-benar membimbangkan . Apa tidaknya, bahan-bahan yang bersifar prono terlalu mudah didapati dan senang dicari. Salah satu sumbernya adalah internet dan juga telefon bimbit. Pernah juga aku berbual-bual tentang laman-laman web yang paling digemari oleh pelajar-pelajar lelaki tingkatan 1 di sekolahku. Ternyata mereka telah menyenaraikan beberapa laman web yang bersifat prono. Terkejut beruk aku dibuatnya. Bila ditanya di manakah mereka mendapat laman web sebegini. Mudah sahaja mereka menjawab,"siber cafe." Itu tidak termasuk kes beberapa orang pelajar lelaki yang tinggal di asrama di sekolahku yang ditangkap kerana memiliki membawa handset dan di dalamnya terdapat video lucah. Ini baru kes di sekolah aku, kat luar sana. Bertimbung kata orang Terengganu...!!!

Mengapakah kebanjiran gejala ini berlaku? Kata nenek aku, kalu bah ( banjir ) berlaku bermula dari hujan lebat di hulu sungai kemudian mengalir ke hilir sungai dan sampai di muara. Begitu jugalah hal gejala sosial ini. Bermula dari bandar kemudian ke kampung-kampung dan desa. Tak dapat disekat. Macam air banjir jugak tak dapat disekat."

Kata Safa, anak murid aku bila ditanya tentang gejala sosial ini, dengan selamba dia berkata," zaman dah berubah cikgu. kita makin maju."

"Maju mengoorak mung," bentakku.

Anak-anak kita sekarang ni tidak takut kepada dosa. Bukan mereka tidak tahu. Mereka tahu. Mereka tahu dosa pahala. Tapi mereka tidak takut pada dosa. Kata mereka itu semua urusan dia dengan Allah. Mereka (pelajar perempuan yang aku berbual dengan mereka) lebih takut kepada MENGANDUNG. Tapi perkara tersebut boleh diatasi dengan pelbagai kaedah. Takut sekejap kataku.

oh....! berani anak-anak kita hari ini. Melakukan dosa secara terang-terangan.


Punca berlakunya gejala ini tidak lain dan tidak bukan kerana tinggalkan ajaran Rasulullah S.A.W dan juga tidak takutkan kepada HARI PEMBALASAN.

Faktor-faktor sampingan yang lain termasuklah:-

1/ Faktor keluarga
latar belakang keluarga yang kurang penghayatan ajaran Islam. Kalu mak ayah dah tidak sembahyang bang kata orang Terengganu, bagaimana pula nak ajar anak-anak nak sembahyang. Anak-anak seperti inilah apabila membesar tanpa bayangan agama akan tidak takut untuk melakukan dosa kepada Allah.

2/ Suasana atau iklim masyarakat
Masyarakat kita hari ini telah dididik dan diasuh oleh unsur-unsur 'keakuan'. Kata orang Terengganu aku -aku, mung-mung. Kita diajar oleh budaya melayu yang terlalu lama," jangan menjaga tepi kain orang." Bila budaya ini telah berakar umbi, maka banyaklah permasalahan yang timbul. Kita tidak boleh lagi mengadu kepada rakan kita bila melihat anaknya melakukan dosa dan kesalahan. Takut kita diboomnya. Begitulah pula sebaliknya.

Di samping itu, masyarakat kita hari ini seakan-akan dapat menerima kemaksiatan yang berlaku di depan mata. Kata orang Terengganu lagi,"Wat der aje." Maksudnya, kita wat dunno aje bila melihat anak-anak perempuan kita memakai pakaian yang menjolok mata misalnya. Atau yang lebih dahsyat hanya anak mata kita aje yang mengerling bila melihat anak-anak kita berpelukan dan bercumbuan di hadapan kereta kita. MasyaALLAH minta sisih malaikat 44...!!!

3/ Ayah dan emak duk sibuk kejar duit.
Pernah aku tanya seorang pelajarku yang bermasalah,"pagi-pagi siapa yang tinggal di rumah."Jawabnya dia tinggal seorang sahaja. Mak ayahnya awal pagi lagi pergi kerja. Bila dah tinggal seorang di rumah, maka si anak ini mulalah panjang akalnya bagi mengatasi perasaan boring. Ajak kawan-kawan datang rumah. Lepak. Lepas itu, adalah rancangan-rancangan bernas yang timbul dalam kepala mereka seperti menonton DVD LUCAH. Bermula episod baru dalam hidup mereka.

4/ Lain-lain faktor, lu pikirlah sendiri



0 comments:

Related Posts with Thumbnails