Membaca buku ini seolah-olah tiada lelaki yang baik, setia dan penyayang kepada isterinya. Setiap catatan kisah yang terdapat dalam buku ini kesemuanya menceritakan tentang ketidakpatutan yang telah dilakukan oleh sang suami kepada isterinya. Digambarkannya isteri-isteri tersebut baik-baik belaka. Tiada satu apapun kesalahan yang dilakukan oleh steri-isteri yang boleh menyebabkan sang suami menceraikan mereka.
Malah yang kelakarnya, ada catatan kisah yang menceritakan tentang seorang isteri yang sanggup menjadi pelacur kerana suaminya suka mencari pelacur. Kan aneh tu...!! Pelik campur hairan dan ajaiblah bila memikirkan tindakan yang dilakukan oleh orang-orang perempuan ini. Kadang-kadang tidak terlintas dek fikiran lelaki untuk bertindak sejauh itu.
Walaubagaimanapun, aku tersentuh jua dengan beberapa catatan isteri yang terdapat dalam buku ini. Geram, marah dan benci kepada lelaki yang begitu kejam terhadap isterinya. Ingatlah lelaki, mereka ( isteri-isteri ) ini perlu kepada bimbingan dan tunjukajar kita. Jangan terlalu cepat berputus asa, dan mencari alasan mudah untuk meninggalkan mereka.
Kepada mereka yang menyinggahi blog aku ini, baca buku ini. Biarpun ianya banyak berpihak kepada perempuan, tetapi kesemua catatan kisah yang terdapat dalam buku ini mencerminkan siapa sebenarnya 'suami'.