Wednesday, September 16, 2009

Anak-anak Masjid

anak-anak kecil, fitrahnya suka bermain

I.

Hari ini aku berbincang dengan rakan-rakan sekerja tentang solat tawarih di masjid masing-masing. Isu yang diperkatakan tentang anak-anak khairah masjid yang suka bermain mercun dan membuat bising. Rata-rata rakan-rakanku mengiyakannya. Ada juga ahli jemaah yang tidak selesa dan marah dengan suasana demikian. Malah ada yang berani ‘sound ‘ kepada ibu bapa supaya mengawal anak-anak mereka.


II.

Kebetulan hari ini, di TV9 rancangan bertanya ustaz ada pemanggil dari Sik Kedah bertanya soalan yang sama yang berkaitan dengan gelagat anak-anak di masjid.

III.

Tiga hari yang lepas, tok imam masjid kampungku menegur ahli jemaah supaya sentiasa hadir ke masjid solat berjemaah. Menurutnya bilangan ahli jemaah yang bersolat 5 waktu semakin berkurang. Lebih-lebih lagi orang-orang muda.

IV.

Dalam kuliah subuh di masjidku, ustaz jemputan juga melahirkan kebimbangan tentang anak-anak remaja yang kurang berminat untuk berkunjung ke masjid.

Kelima-lima situasi di atas menunjukkan gawatnya suasana yang berlaku di kebanyakan masjid. Kebimbangan generasi tua tentang kurang minatnya anak muda untuk bertandang ke masjid. Kenapa agaknya perkara demikian berlaku ya..?

Berikut adalah pandangan peribadiku tentang isu ini:

r Kebanyakkan ibu bapa tidak bertegas untuk mengajak anak-anak mereka ke masjid. Ini berlaku kerana ibu bapa merasa rendah diri dan malu apabila anak-anak mereka bising, bercakap kuat, bermain dan menganggu jemaah masjid. Aku teringat kepada kata-kata bekas mufti negeri Selangor tentang perkara ini. Menurut beliau, dulu semasa beliau kecil pun beliau turut bermain dan berlari di masjid. Emak dan ayah tak larang pun dan akhirnya jadi mufti jugak. Aku pun macam tu, ayah sering mengajak aku ke surau setiap kali solat magribh dan isyak. Aku pun kuat main macam budak-budak zaman lening jugak. Yang bezanya aku dulu suka main kejar-kejar keliling surau dan main tol nusyud ( main sembunyi-bunyi). Bila orang sudah solat tarawih baru naik ke surau. Bukan apa, boleh makan kuih-kuih yang dibawa. Kuih paling best ketika itu ialah pisang masak yang dibelah dan kemudian ditabur gula di atasnya. Bestnya..

r AJK masjid dan surau sekarang seolah-olah tidak menyediakan suasana yang mengalakkan untuk anak-anak kecil datang ke masjid atau surau. Kalau boleh, biar anak-anak kecil ini tak payah datang ke masjid; menganggu kata mereka. Aku pernah menyaksikan seorang AJK masjid di kampungku sound kuat-kuat ke anak-anak kecil ini supaya tidak bising dan bermain dalam masjid. Bayangkan kalau anak kita yang kena marah begitu! Tentu malam esoknya kita tak bawa dah anak-anak kita ke masjid. Buat malu aje. Situasi ini amat berbeza ketika zaman aku kecil dulu. Orang-orang dewasa yang berada di masjid tidak marah kepada anak-anak yang bermain di dalam masjid. Malah sebaliknya mereka menegur dengan suara yang lembut tentang adat-adat semasa berada di dalam masjid. Mereka tidak mudah melatah, biarpun anak-anak ini akan melakukan lagi malam berikutnya. Mereka terus menegur dan memberi nasihat tanpa jemu. Sebab itu barangkali, generasi dulu kekal untuk datang ke masjid.

r Tiada aktiviti yang dianjurkan oleh pihak masjid untuk menarik minat anak-anak datang ke masjid. AJK masjid sekarang ini lebih merancang aktiviti kepada golongan dewasa seperti ceramah, membaca al-Quran kepada golongan tua dan juga sambutan hari-hari agama seperti mauludir rasul, israk-mikraj dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti ini langsung tidak menjurus kepada pengisian kepada anak-anak. Menurut AJK masjid, anak-anak ini telah diajar di dalam kelas FAFA di sekolah maka tidak perlu lagi aktiviti seumpama itu dibuat di masjid. Ini yang silapnya...peranan masjid merupakan satu tempat aktiviti masyarakat dalam membina akhlak, sahsiah dan peribadi muslim. Teringat aku dulu, bila malam-malam aje, sudah menjadi rutin aku dan rakan-rakan ke surau untuk mengaji dan belajar perkara-perkara fardu ain dan fardu kifayah. Seronok bila setiap malam dapat berkumpul dan mengaji dengan guru-guru yang ramai. Guru-guru mengaji terdiri daripada ibu bapa kita juga. Untuk golongan remaja, diadakan pula aktiviti qiamulail.( beridah tengah malam ). Kan best kalau buat aktiviti sebegitu. Sekarang, anak-anak mempunyai rutin tersendiri seperti tiap-tiap malam menonton TV dengan rancangan-rancangan TV yang sentiasa dihafal oleh anak-anak kita. Anak-anak remaja pula, mempunyai masa terbuang terlalu banyak yang membawa mereka ‘mencipta’ aktiviti mereka sendiri seperti melepak dan merempit.

Akhirnya marilah kita berubah, ajak-ajak anak-anak kita ke masjid. Hiasi aktiviti-aktiviti masjid dengan aktiviti yang menarik minat anak-anak dan remaja kita. Insya-Allah sekiranya kita istiqamah dengan usaha kita akhirnya diberkati Allah. Maka lahirlah generasi baru yang cintakan kepada agamanya.

1 comments:

irawan said...

Saya di Bekasi, Indonesia juga memiliki kerisauan yang sama. Kebetulan kampung kami baru saja memiliki masjid baru yang bagus sehingga anak-anak kecil bersemangat datang ke masjid. Tetapi rupanya beberapa orang dewasa tidak memiliki kesabaran untuk mentolerir keributan dan kenakalan anak-anak tersebut dan lebih senang untuk menghardik mereka.

Fotonya bagus. Saya bermaksud menampilkan di blog saya dengan tetap mencantumkan sumbernya.

Related Posts with Thumbnails