Sunday, February 7, 2010

Lelaki, tolong jaga kebersihan…

Sakit hati bila sepintas lalu membaca tajuk artikel yang ditulis oleh noraini.razak@utusan.com.my yang bertajuk Lelaki, tolong jaga kebersihan… dalam mingguan Malaysia Ahad 7 February 2010. Terlintas di hati, pengotor sangatkah kaum lelaki ini. Tetapi setelah membaca keseluruhan isi artikel tersebut, aku tabik spring setuju sangat-sangat apa yang ditulis dan diperkatakan itu. Apa tidaknya, kisah lelaki perokok yang tidak reti-reti menjaga kebersihan dengan membuang puntung-puntung rokok yang telah dihisapnya di merata-rata tempat.

Bercakap tentang si perokok ini aku pun ada kisah yang nak dikongsikan bersama tentang ketidakpatutan perangai dan peil orang lelaki yang merokok nie. Semasa aku belajar kat U dulu, aku tinggal di rumah sewa bersama 4 orang rakan. Dari rakan-rakan tersebut hanya seorang sahabat saja yang merokok, yang lainnya tidak merokok. Tetapi yang geram dan sakit hati aku bila yang si perokok itu tidak menghormati kami yang berempat tidak merokok ini. Beliau dengan selamba merokok di dalam rumah biarpun ditegur berulangkali. Bekas tin minuman yang dijadikan tempat habuk rokoknya telah beberapa kali aku buang ke luar rumah, termasuk di hadapannya. Tetapi mujurnya dia tidak marah. Tetapi selepas itu dibawanya lagi masuk bekas tin minuman untuk dijadikan tempat habuk rokoknya. Kali ini aku buang lagi ke luar rumah. Peristiwa buang tin minuman ( tempat habuk rokoknya ) berulang kali berlaku sehinggalah kami tamat belajar di U tersebut. Begitulah bebal dan degilnya orang yang merokok. Setakat sindir-sindir dia buat tak tahu aje.

Tahap aku benci gila kepada perokok ini ialah saat aku dan anak-anak makan kat warung mahupun di restoran. Bila ada si perokok membuat der jee tentang orang sekeliling yang asyik menepis-nepis asap rokok yang dihembusnya. Kalau diikutkan hati mahu aje aku pergi tumbuk dia orang. Geram! Sakit hati! Bila ada manusia yang tidak menghormati hak orang lain. Apa kata kalau ‘ketagih’ sangat nak merokok tu, keluar aje dari warung mahupun restoran tempat orang lain sedang makan. Kan habis cerita. Ini tidak. Buat tidak peduli aje. Time inilah aku berdoa agar orang-orang seperti ini ditangkap atas kesalahan merokok di tempat awam. Biar padan muka dia orang!!

Ini satu lagi kes naya, aku mengeleng-geleng kepala bila melihat situasi begini. Seorang ayah menghisap rokok di dalam kereta yang disebelah ada isterinya bersama anak kecil malah di tempat duduk belakang keretanya juga ada anak-anak kecil mereka yang lain. Hembusan asap rokok ayah turut disedut oleh anak-anaknya. Betul-betul si ayah ini tidak bersekolah…!

Aku pohon sangat-sangat kepada sesiapa yang merokok di luar sana, agar pandai-pandaikan diri anda untuk menghormati orang lain. Sekiranya anda ingin ‘membunuh diri’ anda, biarlah anda seorang yang mati. Jangan digamit kami bersama…

Wednesday, February 3, 2010

Cara-cara memikat lelaki


  • · Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan sidia.
  • · Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda
  • · Berwatakan menarik (Persenoliti yang mampu mengugat hatinya)
  • · Jujur dan sentiasa merendah diri
  • · Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tak suka.
  • · Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu)
  • · Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut
  • · Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada disamping lelaki yang anda minati
  • · Jangan terlalu mengongkong
  • · Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahaui seprti mata dan tangan
  • · Jaga cara pemakaian anda,seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati
  • · Sering memberikan kad ucapan buat sidia yang kamu minati sebagai rancangan pertama memikat dirinya.
  • · Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
  • · Apabila berhadapan dengan lalaki yang kamu minati,renung matanya dan tunjukkan sifat humor kamu.Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
  • · Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka
  • · Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
  • · Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
  • · Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
  • · Jangan bandingkan 'dia' dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali
  • · Menjadi temannya ketika dia susah dan senang
  • · Lelaki suka kamu menjadi mendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang
  • · Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik
  • · Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki
  • · Lelaki tidak suka jika kamu memakai solekan yang terlalu tebal
  • · Mengetahui bila hari lahirnya
  • · Menghormati dirinya,keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya
  • · Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku..Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan
  • · Agresif
  • · Jangan terlalu teruja ketika bertemu dan berbual dengannya..Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk pengenalan pertama
  • · Jangan terlalu bersikap'kelakian' dan ganas dalam perbualan
  • · Jangan terlalu menunjukkan bahawa kami ini terlalu baik dan sempurna
  • · Jangan perasan bahawa kamu memnpunyai paras rupa yang jelita.
  • · Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
  • · Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan
  • · Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
  • · KETAHUILAH MEREKA INI ADALAH GOLONGAN YANG TERLALU SENSITIF DAN SUKA AKAN KELEMBUTAN APATAH LAGI DARI SEORANG GADIS
  • · Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit.Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu.
  • · Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
  • · Jangan bersikap terlalu kuno
  • · Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan dengannya tidak putus begitu sahaja . Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
  • · Usia dan bentuk badan bukanlah menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan,kejujura n dan tingkah laku yang bersopan - santun
  • · Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama
  • · Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan
  • · Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada
  • · Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati
  • · Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang
  • · Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi
  • · Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
  • · Jangan terlalu mengada-ngada nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!


sumber:

http://suzybd.blogspot.com

Monday, February 1, 2010

Bila hati mula terguris


Bila hati mula terguris
berdegup hati ini menahan rasa
Kelopak mata seakan mengerti
mengairi di tanah pipi nan gersang

bila hati mula terhiris
senyum melerek terasa tawar
menyimpan bicara di lubuk kalbu
hanya diri sendiri yang mengerti.

Sunday, January 31, 2010

tolong carikan jodoh saya


Bestnya baca artikel “tolong carikan jodoh saya” dalam majalah l LuvIslam keluaran Januari 2010. Melihat kepada tajuk; aku senyum sendiri. Sedih dan simpati bila mendengar keluhan gadis-gadis yang belum menemukan jodoh masing-masing.

Aku faham sangat keadaan dan realiti hidup seperti ini. Didesak oleh orang tua. Apatah lagi member-member rapat dengan kita. Soalan ‘bila lagi nak makan nasi minyak.” dah mali ( lali )di telinga kita. Kita boleh buat der jee. Tapi jauh di sudut hati; kita aje yang tahu betapa risau dan runsingnya kita memikirkan status begini. Kalau diikutkan hati ingin sahaja menerima mana-mana orang yang bergelar lelaki yang datang meminang. Tapi itu bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik untuk mengakhir zaman bujan g. Kita bimbang bercampur takut dengan berita dan kisah mereka yang kecundang dalam perkahwinan. Lebih-lebih lagi bimbang bila pasangan kita kaki botol, kaki perempuan, kaki pukul dan bermacam-macam kaki lagi.Seram dibuatnya!

So kita rela berada dalam situasi begini. Seorang lebih baik dari berdua, kiranya ini lebih menyenangkan. Kita pasrah pada ketemuaan Ilahi . Biar Dia yang menentukan siapa jodoh kita!

Biarpun begitu kita juga harus berusaha untuk terus berdoa kepadaNya agar dipercepatkan jodoh kita kiranya keadaan itu lebih baik dari kini. Bukakan hati kita untuk lelaki. Dalam kesemua lelaki yang kita temui itu; kita seharusnya bijak memerhati, memilih dan menilai lelaki yang benar-benar ikhlas untuk menerima kita seadanya. Kerana sesungguhnya cinta seorang Isteri adalah untuk lelaki yang bergelar suaminya.


Thursday, January 21, 2010

33 Larangan


Buku ini disusun oleh Drs. Hanafi Mohamed. Sesuai dibaca oleh masyarakat Islam yang dahagakan ilmu agama. Tulisan ini mengajak kaum wanita untuk sama-sama menghayati ajaran Rasulullah S.A.W tentang perkara-perkara yang dilarang dilakukan oleh wanita Islam.

Al-maklumlah, sejak dua menjak ni, ramai wanita Islam kita yang amat mudah terpengaruh dengan amalan hidup budaya golongan bukan Islam sehingga begitu berani melanggar perintah Allah dan Rasulullah S.A.W. Sedang mereka telah dijamin mudah untuk masuk seperti mana sabda Baginda S.A.W yang bermaksud:

Jika seorang isteri solat lima waktu dengan istiqamah dan taat

serta tidak menderhaka kepada suaminya, maka Allah SWT

mempersilakan masuk Syurga dari pintu mana yang ia suka.


Di bawah ini hanya 5 daripada 33 larangan tersebut yang paparkan. Selebihnya, kita pakat baca sendirilah dalam buku ini. Moga ianya memberi kita kekuatan untuk sama-sama berubah. InsyAllah

  • Wanita mendedahkan aurat
  • Wanita berpakaian menyerupai lelaki
  • Wanita bergaul bebas dengan lelaki yang bukan muhrim
  • Wanita memakai wangian agar dikagumi oleh orang lain.
  • Wanita tidak melayani kehendak suami

Wednesday, December 23, 2009

abang, apa salahku



Dalam menghabiskan cuti sekolah, kami sekeluarga sempatlah menyinggah di Mesra Mall dekat Kemasik, Kemaman. Di sana, aku masuk ke sebuah kedai buku. Terpandanglah sebuah buku yang mempunyai illustrasi yang cukup menarik. Tajuknya juga mengoda aku untuk terus mencapainya dan membaca sinopsis yang ada kat belakang buku tersebut. Aku angkat tinggi buku itu kepada isteriku yang sedang asyik membelek-belek buku kerja prasekolah. Di amatinya tajuk buku tersebut. Lantas dia tersenyum dan "abang belilah, sayang bayar,". Apa tidaknya, tajuk buku itu sendiri telah membela dirinya. 'abang, apakah salahku'.

Membaca buku ini seolah-olah tiada lelaki yang baik, setia dan penyayang kepada isterinya. Setiap catatan kisah yang terdapat dalam buku ini kesemuanya menceritakan tentang ketidakpatutan yang telah dilakukan oleh sang suami kepada isterinya. Digambarkannya isteri-isteri tersebut baik-baik belaka. Tiada satu apapun kesalahan yang dilakukan oleh steri-isteri yang boleh menyebabkan sang suami menceraikan mereka.

Malah yang kelakarnya, ada catatan kisah yang menceritakan tentang seorang isteri yang sanggup menjadi pelacur kerana suaminya suka mencari pelacur. Kan aneh tu...!! Pelik campur hairan dan ajaiblah bila memikirkan tindakan yang dilakukan oleh orang-orang perempuan ini. Kadang-kadang tidak terlintas dek fikiran lelaki untuk bertindak sejauh itu.

Walaubagaimanapun, aku tersentuh jua dengan beberapa catatan isteri yang terdapat dalam buku ini. Geram, marah dan benci kepada lelaki yang begitu kejam terhadap isterinya. Ingatlah lelaki, mereka ( isteri-isteri ) ini perlu kepada bimbingan dan tunjukajar kita. Jangan terlalu cepat berputus asa, dan mencari alasan mudah untuk meninggalkan mereka.

Kepada mereka yang menyinggahi blog aku ini, baca buku ini. Biarpun ianya banyak berpihak kepada perempuan, tetapi kesemua catatan kisah yang terdapat dalam buku ini mencerminkan siapa sebenarnya 'suami'.

Monday, December 14, 2009

tidak berminat

Bila aku beli surat khabar. Dua perkara yang aku kurang baca. Ruangan politik dan juga ruangan sukan. Tak tahulah kenapa jadi begitu. Bagi akulah:-

1/ POLITIK

Malas benar melayan karenah pemimpin yang tak mementingkan orang yang dipimpinnya. Kebanyakkan pemimpin hari ini dari yang di atasnya sampailah yang paling bawah pun tidak memahami tanggunjawab yang telah diamanahkan kepadanya. Yang utama adalah kepentingan peribadi sama ada diri sendiri, keluarga dan kerabat-kerabatnya. Orang lain kemudian kira...

Yang menghairankan aku, mereka ini yang dipilih setiap kali bila ada proses pemilihan pemimpin. Tak tahulah sama ada mereka ini memang benar-benar dipilih dengan jujur mahupun sebaliknya. Pokoknya, mereka ini tetap terpilih setiap kali tiba pilihanraya. Aduss....memang masyarakat kita buta dalam memilih pemimpin.

Kita kena ingat, kita ini adalah orang Islam. Maka wajib ke atas diri kita memilih orang-orang yang beragama Islam yang mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan sehariannya. Sekurang-kurangnya bila kita ditanya di kehidupan akhirat nanti kita dapat menjawab dengan lancar lagi fasih yang kita telah memilih pemimpin yang beragama Islam dan beramal dengannya.

Kita telah diberi akal dan minda yang sihat oleh Allah S.W.T, maka seharusnyalah kita bijak dalam memilih pemimpin yang akan dapat mengheret kita sama ada ke syurga mahupun ke neraka nanti. Janganlah kerana kita diberi habuan yang 'kecil' kita menolak kebenaran yang berada di depan mata kita.


2/ SUKAN

Mula tidak minat bila mutu sukan negara mula merosot. Tak minat kerana terlalu banyak campur tangan orang politik. Memang benar seperti didakwa kalau orang politik tak masuk campur payah sikitlah nak dapat 'pulus'nya, tetapi itu bukan jalan penyelesaiannya. Bila mereka ( orang politik ) berada dalam sukan, tentu secara tidak langsung pemikirannya menjurus kepada kepentingan politiknya. Bila merancang sesuatu aktiviti yang boleh memajukan bidang sukan, akan ada juga agenda politiknya. Boring.......!!!! Tidak ada satu perancangan jangka masa panjang biarpun telah wujud sekolah sukan. Ada atau tidak satu kajian dibuat oleh pihak-pihak tertentu untuk menilai sejauhmanakah sekolah sukan ini dapat melahirkan pemain-pemain sukan yang dapat mengharumkan negara?


Tidak minat; bila pemain-pemain dalam arena sukan tidak ada semangat kenegaraan. Bermain bukan kerana mengharumkan nama negara tetapi kerana ganjaran yang diberikan. Tetapi tidak salahkan pemain-pemain yang terlibat 100% kerana itu semua adalah hasil orang politik yang kononnya untuk memberi motivasi kepada pemain agar bermain bersungguh-sungguh. Tapi sebaliknya berlaku. Boring....!!!



Related Posts with Thumbnails